++Nakama++

Sunday, November 17, 2013

I'm sorry but... I love you [Maya's POV]




Love;
One beautiful word
One word yet holds many meanings inside it
Easy to fall yet hard to handle
To be able to hold, one’s willing to do anything
To sacrifice or to be sacrificed
But,
To know, one has to make a choice
To be loved, one must ready to be hurted
To learn, one must never be afraid
Once knows,
There’s no ways to turn back
One must always move forward and never lose
Thus,
That’s the beginning of everything
The story of love
Sweet yet bitter …
“… And so, they live happily ever after.”
“Mama, mama! Nanti bila Maya dah besar, Maya nak jadi macam Rapunzel. Dapat kawin dengan tuan putera.”
“Hurm, Maya … bla… bla… ”
Mama, apa yang mama cakap ni? Maya tak fahamlah. Bahasa apa tu mama?
“Okay class, that’s all for today. Make sure you submit your assignment before next Friday. Any questions, see me in my office.”
Suasana mula hingar bingar seperti di pasar sebaik sahaja Madam Zaharah meninggalkan bilik kuliah. Para pelajar mula beransur. Kebetulan masa selepasnya masa rehat.
Karin menyusun buku dan kertas yang ternyata berselerak di hadapan matanya. Dari yang miliknya hinggalah milik insan di sebelahnya. Senyuman nipis terguris sebaik sahaja matanya jatuh pada wajah itu.
“…ya… Maya!” Karin menggoncang lembut. Ini dah kali ketiga. Langsung tiada reaksi. Matanya tertarik pada buku setebal dua inci.
BAM!
Aku tersentak. Cepat- cepat aku memandang sekeliling. Wajah Karin yang cuba menahan gelak kupandang sebelum aku mencebik. Mata kugosok lembut. Kini aku dah terjaga sepenuhnya.
“Seronok tidur?” Karin menyindir. Buku yang tadi dihempas di ambil semula. Karin, teman rapatku merangkap sepupuku. Kami dah bersama sejak kecil lagi. Dari sekolah tadika sehinggalah ke alam universiti. Sentiasa bersama. Ditambah lagi dengan situasi aku 8 tahun lepas semasa mama meninggalkan aku dari dunia ni. Hurm, pendek cerita, lepas mama tak ada, papa sibuk dengan kerja and then dia fly ke German. Jadi, aku ditinggalkan seorang diri. Nasib baik keluarga Karin ni baik tapi seganlah selalu menyusahkan mereka walaupun mereka tak cakap. Aku tahu pun sebab aku ni sensitif dalam semua hal. Ditambah lagi dengan keadaan aku ni yang …
“Maya, jom! Asyraf dah tunggu kat kafe.” Teguran dari Karin betul- betul mengejutkan aku dari lamunan. Itulah, kuat lagi mengelamun masa orang lain sibuk mengemas. By the way, Asyraf tu boyfriend Karin… Okay, enough with the introduction!
Haih~
Aku melepaskan keluhan. “Jelesnya… Bila agaknya aku ni nak tamatkan zaman bujang tanpa boyfriend?” Tak tahu kenapa ayat tu keluar dari mulut aku tapi ternyata ayat itu juga yang membuatkan Karin terhenti. Pandangannya jelas tepat ke arahku, hampir- hampir membuatkan aku kurang selesa.
“Maya…”

“Kyaa~ Aerill, hari ni you lunch kat mana? I nak join boleh?”
“Kita lunch sama, jom!”
Kami terdiam. Karin apatah lagi. Tergantung percakapannya tak semena- mena. Mata kami tertumpu pada satu arah. Koridor yang betul- betul di hadapan pintu kuliah. Sekumpulan pelajar berkerumun macam lalat. Punca? Hurm, kalau nak tahu, cuma ada satu je. AERILL, mamat dari jurusan business and management a.k.a mamat paling handsome kat sini. Ye ke? Aku tengok biasa saja tak adalah sampai tahap paling okay!
Aku perhati sahaja gelagat mereka yang dah tergedik- gedik macam tak ada kerja lain nak buat. Aerill tu pula dari tadi senyum saja. Dasar mamat playboy. I hate that type the most!

“Aku ada appointment petang ni jadi aku tak join dinner.” Aku memandang siling kosong. Maksudnya malam ni aku makan seoranglah. Boring~
“…ya… Maya!” Aku membuka mataku apabila terasa badanku digoncang seseorang. “Karin?” Aku bangun dan duduk. Wajah Karin yang risau membuatkan aku rasa bersalah. Matanya memandang ke arah meja study ku. “Kau dah makan?” Aku menggeleng perlahan. Kedengaran keluhan dari Karin. “Jadi, kau mesti tak makan ubat jugakan?” Dia menduga lagi. Aku sekadar menggeleng lemah. Tahu di mana salahku.
            Jam dahpun menunjukkan jam 10 malam. Bilik tu terasa sepi buat seketika. Aku langsung tak berani bersuara. “Hurm, jom turun. Aku masakkan sesuatu. Lepas tu, makan ubat.” Karin bersuara sebelum melangkah keluar. Ke dapur.
Tweet! Tweet!~
Aku tak jadi bergerak. Handphone yang berbunyi kuambil. Mesej dari ayah Karin, pak cik Ammar. Inbox kubuka dan…

“Oh, good timing. Aku baru siap masak. Sini duduk makan.” Karin mengarah dan aku mengikut. Nasi goring panas dihadapanku langsung tak menarik minatku. Mindaku lebih terarah kepada kandungan mesej tadi dan ini menarik perhatian Karin. “Maya?”
Suasana sepi. Karin menunggu sabar. Aiseh, time ni lah lidah nak kelu. Wajah Karin kupandang lama. Agak- agaknya macam mana reaksi dia nanti? “Sebenarnya …” Perlahan- lahan handphone kuhulur pada Karin. Dia membaca apa yang tertulis. Matanya terbuka seluas yang boleh. Tak percaya dengan apa yang dikhabarkan.
“Urm, er, selagi ada masa, aku nak minta kau tolong aku. Please!”
Karin dah serba salah. Dia tahu kami tak boleh ubah keputusan keluarga. Lagi dua bulan. Dan aku tahu Karin tahu apa permintaanku.
“Nanti aku tanya Asyraf.”

Hujung minggu. Hari ni aku ada blind date. Dengan siapa? Well, aku sendiri tak tahu. Apa yang aku tahu, ‘dia’ tu kawan Asyraf. Dan ini permintaan aku pada Karin tempoh hari. To feel how it is to be in love.
            Aku membelek- belek pakaianku di hadapan cermin besar di stesen. Okay. Aku memandang jam tangan memeriksa waktu. Lagi 10 minit. Cuak pula rasa. Entah siapalah kawan si Asyraf ni.  Jangan mamat pelik sudah.
            Lagi 5 minit. Aku bersandar pada tiang besar berhadapan peta dan mesin tiket. Mindaku asyik berimaginasi tentang ‘dia’.
“Hi, sorry lambat.” Aku yang asalnya memandang lantai terus mendongak. Mengenalpasti identiti ‘dia’.
“Aerill?!!”
Dia tersenyum. Peluh yang mula menitik di wajah tampannya di lap dengan hujung baju. Aku tahu dia berlari untuk ke sini. “Jadi, awak ni Maya?” Aku mencebik. Spoil terus mood aku. Kenapa mesti type ni?
            “So, apa plan kita hari ni?” Aku buat tak endah dengan soalannya. Handphone ku yang berbunyi cepat- cepat ku buka. Dari Karin.
Aku dengar date kau dengan Aerill. Sorry, aku lupa nak beritahu Asyraf yang kau tak suka dia. Anyway, just enjoy for today and anything bad happen, just contact me. Be careful, ‘kay.
Aku mengeluh sebelum menyimpan kembali handphone. “Done?”
            Aku tersentak. Tak sangka mamat ni ada lagi kat sini. Aku mendengus sebelum mula melangkah pergi. Malas berlama- lama kat situ. Baik balik.
“WATCH OUT!!!”
Aku terdiam. Mataku memandang tangga dihadapanku. Hampir terhenti jantungku dibuatnya. Kalaulah Aerill tak tarik aku tadi, memang ke hospital jawabnya. Aku tersentak. Kini aku dalam pelukan Aerill. Malunya, dahla semua orang pandang.
            “Saya tahu awak tak suka saya but can’t you just bear with it for a day?! Really, I almost got heart attack. Please Maya, jangan buat orang risau.” Aku memandang lantai. Pelukannya ku biarkan buat seketika. Rasa bersalah menyelubungi diri. “Es tut mir leid…”
Aku memandang Aerill tepat. “Ah, sorry.” Pelukannya dilepaskan. Gaya macam dia peluk aku tanpa sengaja. “Saya ikut awak pergi mana yang awak nak.” Tanpa sedar, aku mengeluarkan ayat itu. Aerill dah pandang macam tak percaya. Senyuman di bibirnya makin lebar. Urgh, I really can’t stand this type of man.
            “Serius? Kalau macam tu, JOM!” Tanganku ditarik secara tiba- tiba. Ke mana dia nak bawa aku ni?
Aku memandang bangunan yang terbina megah betul- betul di hadapanku. Aerill dahpun menghilang entah ke mana. Geramnya bila fikir semula! Suka- suka je heret aku lepas tu tinggalkan aku macam tu je. Urgh!!!
“Sorry for the wait.” Aku tersentak apabila terasa pipiku sejuk gara- gara bersentuhan dengan air sejuk. Cepat- cepat aku mengalih pandangan. Wajah Aerill yang tersenyum sambil menghulurkan air minuman betul- betul buatkan aku tak selesa. Rasa bersalah ada juga. Don’t judge a book by its cover, haven’t you heard about it?
            Aku sekadar berdiam diri saja. Setiap langkah Aerill ku ikut tanpa banyak soal. Tapi penat juga sebab dari tadi dia asyik keluar masuk kedai. Dari kedai kasut hinggalah kedai baju. Penat ikut, mengalahkan keluar dengan perempuan.
“Er…”
“Lepas ni kita ke sana pula!” Aerill terus menarik tanganku sambil melangkah masuk ke dalam kedai Adidas. “Boleh tak kalau…”
“Kita ke sana, jom!”
“Cut it out!” Dia terpana dengan tindakanku yang menepis tangannya dengan kasar. Wajah aku dah merah menahan marah. Suka- suka je heret aku. Langsung tak nak beri aku peluang cakap. Aku terus bergerak meninggalkan Aerill keseorangan. Apa yang penting, aku tak nak berada lebih lama dengan mamat ni. Macam manalah pompuan suka melekat dengan dia ni?
            Aku memandang sekeliling. Dah berapa lama entah aku berada di mall itu aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, perut aku dari tadi dah berbunyi. Dah masuk lunch time ke? Ah, ubat! Aku berjalan sekeliling mencari tempat makan. Hurm, maybe KFC better for now.
            “Maya!” Aku berpaling apabila terasa seperti seseorang memanggilku daripada belakang. Aerill?!!!
“Awak pergi mana? Puas saya cari!” Ah, aku buat dia risau lagi. Aku rasa serba salah tak fasal- fasal. “Awak nak ke mana sekarang?” Aku memandang wajah Aerill yang jelas terpapar reaksi risau. Peluh menitik di wajah tampannya. Perlahan- lahan jari telunjukku menghala ke arah KFC. “Kalau macam tu, jom!” Aerill berjalan meninggalkanku. Kemudian, dia mengarah aku untuk mencari tempat kosong sementara dia membuat pesanan.
            Suasana antara kami sepi tanpa sebarang perbualan. Hanya suara dari sekeliling sahaja kedengaran. Makanan di depan mata dibiarkan sahaja.
“Sorry.” Aku tersentak. Cepat- cepat kepala kudongak bagi memandang Aerill. Jelas wajahnya dah masam mencuka. Aku ke penyebabnya? “Er, saya yang patut minta maaf… Sebab buatkan awak risau…” Aku cuba meluahkan apa yang aku nak ucapkan. Suaraku bergetar. Entah dia sedar ataupun tidak.
            “Saya yang patut minta maaf. Saya asyik bawa awak ke hulu ke hilir tanpa keinginan awak. Actually, dah lama saya tak keluar dan berjalan ke mana yang saya nak. Well, kalau keluar dengan yang lain, saya selalu kena ikut mana mereka pergi dan… Tak sangka saya buat apa yang mereka buat pada saya kat awak. Sorry sangat- sangat.” Aku diam saja, membenarkan dia bersuara. Makanan di depan mata kuambil lalu dimasukkan ke dalam mulut. Terus terang, aku tak tahu macam mana nak berbual dengan mamat jenis macam ni.
            “Jadi, awak nak ke mana? Saya temankan.” Aku terdiam. Hah?

Kami memasuki MPH Bookstores. Ke mana saja aku melangkah, dia mengekor. Rimas ada juga tapi kubiarkan saja. Kini aku memandang sekeliling. Mencari buku yang aku nak. Setiap bahagian ku lawati.
            “Awak cari buku apa?”
            “Hah?” Aku tersentak. Tiba- tiba ditegur. Aerill yang berdiri di hadapanku kupandang dengan mata yang terkebil- kebil. Blur sekejap. “Er, urm… Romance of three kingdoms!” Aku pandang Aerill yang seolah- olah memikirkan sesuatu. “Buku novel ke tu?”
Apa mamat ni cakap? Dia tak tahu ke yang …
            “Romance of three kingdoms tu buka sastera tentang sejarah China. Tak tahu ke?” Aerill terdiam. Serius ke? “Hurm, never thought you like that kind of books. Best ke?”
“Ah, well, I’m a literature student. Lebih- lebih lagi buku tu common book untuk peminat sastera. Saya tak tahu best ke tak bagi orang macam awak tapi saya suka. Lagi- lagi watak Cao Cao.” Urgh! Macam mana aku boleh ringan mulut je ni? Malunya…
            “Hurm, well whatever… Tapi, kalau fasal sejarah, kenapa tak baca saja sejarah negara kita?” Aku membuat muka. Sejarah Tanah Melayu ke? Ops, aku bukan prejudis atau apa, cuma…
            “Awak nak saya baca lagi sejarah tanah melayu yang kita dah belajar dari zaman sekolah tu ke? Terus terang saya cakap, saya tak berapa suka baca. Banyak tokok tambah. Lagipun jemulah. Saya lebih minat baca sejarah negara lain.” Aku mula petah berkata- kata. Kalau topik fasal benda macam ni, memang aku suka. “Kalau macam tu, macam mana dengan sejarah Islam?”
Aku memandang Aerill yang dah tersenyum kambing. Dia ni nak kenakan aku ke apa? “Sejarah Islamlah yang saya paling minat. Tapi sekarang mood saya terarah pada sejarah China. Awak fikir saya ni tak baca ke buku macam tu?” Aku mula menyoal. Nada keras kugunakan. Aerill hanya tersenyum. Aku memandang sekeliling. Puas aku mencari tapi masih tak jumpa apa yang aku nak. Aerill yang dari tadi mengikut tiba- tiba menarik aku ke suatu tempat. Kaunter pertanyaan. Aiseh, kenapalah aku tak terfikir tadi?
            “So, macam mana?” Aku mengeluh berat. Buku tu nampaknya tak ada stok. Sia- sia saja aku mencari. Katanya dalam dua bulan baru sampai. Hurm, macam mana ni? Aku mengeluh berat. Kecewa menyelubungi diriku.
“Kenapa awak tak order online je?” Aku terdiam. Order online? Wajah Aerill kupandang seolah- olah meminta penjelasan lanjut. “Pendek kata, awak order dari luar. Kemudian dia akan hantar melalui pos. Kalau fasal bayaran, kena ada akaun paypal tak pun pakai kad bank. Er, awak tak tahu ke?” Aku menggeleng laju. Oh, rupa- rupanya ada juga cara macam tu.
            “Kalau macam tu, banyaklah buku yang saya boleh beli yang tak ada dekat sini?” Aku menyoal lagi. Inginkan kepastian. “Well, of course. Lagipun beli secara online ni buatkan awak shopping ke serata dunia. Bukan satu tempat saja. Cuma, awak kena berani tanggung risiko.”
Shopping ke serata dunia? Serius???!!! Tapi…
“Kenapa ni?” Aku menggeleng lemah. Bagus memang bagus tapi aku ada satu masalah. “Saya tak tahu macam mana nak buat.” Aerill yang tadi terkebil- kebil kini dah ketawa sakan buatkan aku naik darah. Rasa menyesal pula beritahu dia ni. Aku menjeling tajam.
“If that so, then how about I help you?”

Aku dah tak ingat dah berapa hari berlalu selepas blind date kami hari tu. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tak kena je. Hari- hari teringatkan mamat tu. Aku ni sakit ke? Aerill pula langsung tak contact lepas tu. Kata nak tolong. Huh, saja je beri aku harapan.
“… ya! Maya!” Aku tersentak. Karin dan Asyraf yang berdiri di hadapan kupandang dengan penuh tanda tanya. “Kau okay tak?” Aku mengangguk lemah. Macam manalah aku boleh buat Karin risau. Aku dah janji tak nak susahkan dia. “By the way, kenapa Asyraf ada kat sini?” Setahu aku kelas Asyraf tak ada hari ni dan Karin tak kata apa- apa pun fasal ada date or something. Jadi kenapa?
            “Ah, well, aku just temankan si Aerill hari ni. Katanya ada hal nak cakap dengan kau.” Hah, teman mamat playboy tu? Selama ni boleh je datang sendiri, tiba- tiba berteman? Aku berjalan mendapatkan Aerill apabila sedar dia memanggil. Gadis- gadis yang tengah berkerumun sekelilingnya dah pandang semacam. Gaya nak makan aku je. Seram sekejap.
            “Ah, saya nak survey fasal buku yang awak nak tu. Buku tu terbahagi pada beberapa volume. Awak nak beli volume pertama saja ke atau semua?” Aku terdiam. Hurm, macam mana ye? Aku tak nak susahkan dia tapi perlu ke beli semua terus. Lagi dua bulan …
            “Kalau macam tu, saya nak order semua volume. Kenapa awak tak mesej atau call saya je kalau fasal hal ni. Tak payah susah- susah datang sini. Saya rasa serba salah pula.” Aerill sekadar berdiam diri. Soalan aku dibiarkan berlalu. Dia sibuk menulis sesuatu di memo handphonenya. Mungkin catat apa yang aku kata tadi.
“Ah, bayaran dia macam mana?” Baru aku teringat fasal tu. Takkan nak suruh dia bayar… Dahla banyak. Tapi, takkan aku nak bagi no kad bank aku pula. Macam mana ye? “Fasal tu, awak jangan risau. Saya pakai akaun saya. Nanti bila buku dah sampai, saya bagi awak resit pembayaran dia. Awak transfer je kat bank saya. Okaylah, saya pergi dulu.”

“Maya, jom makan!”
Karin meluru masuk ke dalam bilik apabila aku tak menyahut apatah lagi muncul di meja makan. Dia memandang aku yang tengah ralit membaca buku.
            “Hai, baca buku ke berangan?” Aku tersentak apabila mendengar Karin menyindir betul- betul di sebelah telingaku. Meremang bulu roma sekejap. Buku kisah dongeng Rapunzel di ambil lalu dibelek berulang kali oleh Karin sebelum diletakkan semula. “Dah berapa tahun agaknya buku ni. Tak sangka kau simpan lagi.”
Kalau ikut umur aku yang dah 22 tahun, maksudnya buku ni dalam lingkungan 22 tahun jugalah. Mama yang hadiahkan buku ni masa birthday aku yang ketiga. Dan buku ni jugalah yang selalu mama baca sebelum aku tidur. Kisah dongeng puteri yang dikurung di menara. A sweet love story with great adventure.
            “So, siapa tuan putera tu? Aerill?” Karin menyakat. Kali ni muka aku merona kemerahan membuatkan dia terdiam. “Hey, serius?! Bukan ke kau kata dia jenis mamat yang paling kau benci?” I hate that type the most!
Siapa yang boleh menidakkan kata hati. Benci boleh jadi suka. Sebab tu orang selalu kata jangan terlampau bencikan sesuatu, nanti sesuatu tu jugalah yang kita paling sayang.
            Aku memandang luar tingkap. Angin malam yang bertiup kunikmati selagi boleh. Nyaman. “Lagi sebulan lebih.” “Kau, dah beritahu Aerill?” Aku memandang Karin lembut sebelum melemparkan senyuman. Mataku kini kembali ke arah luar tingkap semula. “Dia tak perlu tahu, Karin. This situation is already enough for me.”
Kami duduk di meja makan dan menikmati makan malam tanpa sebarang perbualan. Karin langsung tak bersuara. Hanyut dalam dunianya. Aku malas nak layan.
Malam tu, entah kenapa aku termimpikan mama dan aku masa aku kecil. Mama tengah bacakan cerita Rapunzel, cerita favorite ku. Entah kenapa aku selalu mimpikan saat tu. Aku rindukan mama ke? Tapi, kenapa aku tak mampu tangkap apa yang mama cuba sampaikan? Kenapa aku mesti terjaga sebelum aku tahu?

Aerill seperti biasa, dikelilingi gadis- gadis. Bukan saja dari kelas aku malah dari fakulti dan kelas lain. Kalau dulu aku rasa menyampah, sekarang aku rasa cemburu. Jatuh cintakah aku? Aku menggeleng pantas. Cuba buang jauh- jauh pemikiran tu. Sekarang bukan masa nak touching- touching or jealous. Just be myself. The usual one.
            “Maya!” Aku terus menoleh. Urgh, kenapa mesti dia bawa mereka ni? Aku tak tahu kepada siapa aku geram dan marah. Pada Aerill yang memanggilku sambil membawa gadis- gadis ni ataupun pada gadis- gadis ni yang asyik berkepit dengan Aerill. Takpun, pada aku yang nak jeles tak tentu fasal. Yang mana?
            “Buku yang awak nak dah sampai. Nak saya hantarkan ke rumah?” Pandangan dari mereka membuatkan aku susah nak katakan boleh. “Er, awak bawa saja ke sini. Nanti saya bawa balik sendiri. Kalau tak ada apa- apa, saya minta diri.” Aku terus saja melangkah. Tak nak aku berlama- lama di situ.

Aku berjalan lenggang ke setiap rak di dalam library. Setiap buku yang menarik perhatianku, kuambil kemudian kubelek laju. Suasana di dalam library yang sunyi menenangkan hati. Aku paling suka duduk di sini.
“Nee, Aerill… You ada apa- apa ke dengan minah Maya tu?” Aku terdiam kaku. Ada orang cakap fasal aku ke? Aku mengintai dari jauh. Kelihatan sekumpulan pelajar di satu sudut. Aerill!
            “Kenapa?” Aku langsung tak bergerak atau senang kata, badanku tak nak bergerak. Hatiku nak terus mendengar apa yang mereka bualkan. “Well, sejak kebelakangan ni, you selalu hang out dengan minah tu. Pergi kelas dia. Jumpa dia. Siap tolong dia beli buku. You dengan dia couple ke?”
Sepi.
“Haha… Apa yang you girls merepek ni? I, couple dengan dia? First of all, I pergi kelas dia and jumpa dia dan tolong dia beli buku sebab I dah janji hari tu. Lagipun dia langsung tak tahu macam mana nak beli secara online. I just tolong dia you girls cakap kami couple? That’s the thing that’ll never happen.”
“Yeke… I dah agak. Mana mungkin you couple dengan dia. I dah cakap kat Yuna tapi dia still tak percaya. Lagipun minah tu nerd and ugly.”
“Maya, sini pun kau. Jom, kita dah lambat ni!” Aku terus meninggalkan tempat itu. Aku sedar Aerill memandangku. Hatiku sakit namun kubiarkan.
That’s the thing that’ll never happen… Ayat tu bermain- main di mindaku berulang kali. Sedang aku asyik dalam duniaku, Karin datang bersama dua mug hot chocolate. Buaian yang tadi dinaiki aku seorang kini turut dinaiki Karin. Kami sama- sama menikmati pemandangan malam. Langit yang diterangi gugusan bintang kupandang lama.
            “Nak duduk luar berapa lama? Tak elok untuk kesihatan kau. Let’s go inside, Maya!” Karin mengajak lembut namun dibalas dengan gelengan olehku. “Lagi sebulan, Karin. Aku nak nikmati suasana malam kat sini lagi lama. And, just for today. Please~” Karin mengeluh panjang. Dia yang tadi berdiri kini kembali duduk. Kami sekadar berdiam diri.
            “I wonder how it looks like at there. Will it be the same or …” Aku bersuara memecahkan kesunyian. Nadaku sedikit suram. “Well, likely it’ll be different. The surrounding’s not the same but Maya, as long as we stay in this world, stand in this land we’ll always be connected just like the sky. I’ll always remember you.” Karin kupeluk erat. Air mata kami berlinangan. Makin lama makin deras rasanya. “I’m scared to be alone again… To be leaving behind again by papa, I’ll never gonna survive after this.”

Aku terkebil- kebil cuba memproses apa yang sedang berlaku. Kedatangan Aerill pada hujung minggu bersama Asyraf betul- betul mengejutkan. Katanya untuk menghantar buku yang aku pesan. Dasar mamat degil! Mereka berdua di bawa masuk oleh Karin. Buku yang aku pesan kuarahkan mereka letak di dalam bilik bacaan sementara Karin menyiapkan makanan tengah hari.
            Aerill memandang sekeliling sementara aku menyusun buku yang baru kuterima. Akhirnya… Aku membuka muka surat pertama. Ah, tak sabarnya nak baca.
            “Maya, buku ni…” Aku memandang buku yang dimaksudkan Aerill. Rapunzel. “Ah, ni buku pertama yang saya dapat daripada mama. My treasure.” Aerill mengangguk sambil membelek- belek kandungan buku itu. Aku tinggalkan dia dalam dunianya dan meneruskan kerja.

            “Jadi, mana resit pembelian?” Soalan itu kukeluarkan sebaik sahaja kami selesai makan. Wajah Aerill kupandang tepat. Kenapa dia tak nak jawab? “Aerill?” Aku meninggikan suara membuatkan dia tersentak. Entah apa yang difikirkan tak tahu. Perlahan- lahan resit pembelian dihulurkan. Aku melihat harga yang terpapar. Serius? Wajah Aerill kupandang lama.
            “Kalau mahal macam ni, kenapa awak tak beritahu saya? Kalau saya tahu, saya tak suruh awak order guna akaun awak.” Aku dirundum rasa bersalah. Duit bukan persoalan. Mahal atau murah pun bukan jadi masalah. Cuma, kalau tahu harga dia sampai macam ni, aku tak suruh dia bayar sendiri. Macam manalah aku boleh tak terfikir ni semua?
“Sebab tu saya tak beritahu awak.” Aerill yang baik. Aerill yang bertanggungjawab. Aerill yang degil. Aerill yang playboy. Aerill yang … Kenapalah aku suka kau???!!!

Hari membilang hari, saling silih berganti. Aku menjalankan aktiviti harianku seperti biasa. Makan bersama Karin, tidur bersama, keluar bersama … Semuanya bersama. Langsung tiada apa yang berbeza. Bersama Aerill pun begitu juga. Kami berbual, berbalas mesej dan saling bertentang mata. Sama saja. Cuma masa saja dipendekkan. Kalau dulu aku sanggup berbual atau mesej tanpa mengira masa, kini aku sekadar berbual atau mesej bila perlu saja. Ada jarak yang terukir.
            “Maya, awak free tak hujung minggu ni?” Aku memandang Aerill yang entah bila berdiri di hadapanku. Pelik pula bila tiada gadis mengelilinginya kali ni. Wajah Aerill yang berseri ceria ku jeling sekilas sebelum mataku kembali kepada buku.
            “Sorry, saya sibuk.” Aku terus bangun dan melangkah pergi mendekati Karin. Dia mengangguk saja. Aerill yang masih di situ terpinga- pinga.

Kini aku jarang bersama Karin. Aku sibuk menguruskan halku. Sepanjang minggu aku sibuk ke hulur ke hilir ke pejabat dan bilik kuliah. Makan minumku masih terjaga memandangkan Karin sentiasa menjemputku untuk makan dan memastikan aku makan. Aerill? Aku jumpa saja dia namun hanya bertentang mata. Tak ada masa aku nak berbual. Lagipun kami langsung tak ada apa yang nak dibualkan sebenarnya!

TOK! TOK!
Pintu bilikku diketuk sebelum dibuka Karin. Aku yang sedang mengemas memberhenti pekerjaanku. Karin melabuhkan punggungnya di atas katilku. Aku memperbetul dudukku.
            “Tadi, ayah aku call. Katanya uncle Adi minta kau contact dia.” Aku terdiam tanpa kata. Papa? Wajahku bertukar suram. Karin menyentuh bahuku. “Apa kata kau cuba bersemuka dengan uncle Adi? Sampai bila nak teruskan salah faham ni? Try to understand each other.”
            Skype kubuka. Nama papa kucari. Tanganku rasa menggeletar tiba- tiba. Aku menarik nafas dalam- dalam sebelum ikon video call di tekan.
Hallo, papa! Wie geht’s? (Hi, papa! How are you?)” Aku memulakan perbualan. Papaku sedikit terkejut menerima panggilan daripadaku. Matanya dah berair. Kutatap wajah papa yang makin cengkung. Dah berapa lama kami tak berjumpa ye? Papa nampak lain.
Hallo, mir geht es gut. Sie hatte sich wirklich schön, genau wie deine mutter, Maya. (Hi, I’m fine. You’d become beautiful, just like your mother, Maya.)” Aku sekadar tersenyum nipis. Lebih kepada memaksa.
Maya, es tut mir leid. (Maya, I’m sorry.) Papa cuma pentingkan diri. Tinggalkan Maya seorang diri dan fly ke Jerman.” Suaranya kedengaran seolah- olah merintih. Kami diam.
“Papa… Maya faham. Maya tak salahkan papa. Lagipun family uncle Ammar ada kat sini.” Aku cuba bersikap matang. Sebenarnya aku tahu papa serba salah. Aku tahu sebenarnya papa tinggalkan aku sebab dia tak boleh terima berita fasal pemergian mama. Dia sangat cinta akan mama.
“Jadi, boleh berikan papa peluang kedua?” Aku tersenyum sebelum mengangguk. Why don’t I give it a chance? Maybe it’s better to start a new life rather than continue to live in suffer!

“Aerill, next week birthday you kan?”
“You nak apa?”
“You buat party tak? Jangan lupa jemput I…”
Aku sekadar memasang telinga. Next week birthday Aerill ke? Aku menjeling ke arah Aerill yang melangkah mendekatiku. Gadis- gadis yang tadi berkerumunnya mula mencebik dan menjeling tajam.
“Maya…” Dia menyebut namaku lembut. Alahai, sweetnya~ Aku berpura- pura sibuk. Dia memanggil sekali lagi. “Maya…” Kali ni lebih keras. Aku mendongak. “Ye, saya. Ada apa, Aerill?” Aku sekadar berformal. Cuba mengawal gelodak jiwa.
“Hari Ahad depan awak free tak?” Aku terdiam. “Kenapa dengan Ahad depan? Birthday awak ke?” Aku sekadar menduga cuba bergurau namun melihatkan reaksi Aerill yang tersenyum lebar semacam membuatkan aku terdiam. “Awak tahu birthday saya?” Aerill dah duduk menghadapku tanpa di ajak. Karin sekadar membiarkan saja kami.
“Saya terdengar masa awak berbual dengan kawan- kawan awak tadi.” Aku mengalihkan pandangan. “Saya nak ajak awak keluar hari tu. Boleh? Ada sesuatu yang saya nak beritahu.” Aku terdiam. Buku dan kertas yang berselerak kukemas. Masa untuk beransur. Aku bangun. Tindakanku menarik perhatian Aerill. “Maya…” Aku membiarkan saja. Karin yang ada bersama mengikut. “Tak apa ke?” Aku sekadar membiarkan soalan Karin berlalu tanpa sebarang jawapan. “Saya tunggu awak dekat tempat kita jumpa first time hari tu!”
Lebewohl~ (Farewell~)”

Hari Ahad. Karin berjalan di sekitar stesen tempat yang dikatakan Maya. Asyraf yang berada di sebelah sekadar mengikut. Langsung tak mengeluarkan suara.
            Tiang besar berhadapan peta dan mesin tiket. Karin memandang jam tangannya. Lagi 5 minit. Asyraf dahpun hilang pergi membeli air.
            “Mana kawan you ni?” Karin mula merungut. Tak boleh ke dia datang awal? Asyraf sekadar menjungkitkan bahu. Bukan dia rapat sangat dengan Aerill. Bungkusan di tangan Karin dipandang. Dia sendiri tertanya- tanya isi kandungan bungkusan itu. Karin langsung tak berkongsi apa- apa kali ni. Jadi dia sekadar berdiam diri dan mengikut ke mana kekasihnya melangkah.
            “Ah, sorry Ma… Karin? Asyraf? Buat apa kat sini?” Aerill yang baru tiba terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Peluh yang merenek dibiarkan. Mindanya blank.
“Maya takkan datang hari ni dan kau takkan jumpa dia lagi.” Aerill tersentak. Tak faham apa yang cuba disampaikan Karin. Wajah Asyraf dipandang meminta penjelasan daripada lelaki itu namun jawapannya hanyalah gelengan. “A… Apa maksud kau? Maya takkan datang? Aku takkan jumpa dia lagi?” Suaranya dah mula bergetar dan meninggi. Worst day. “Er, apa kata kalau kita bawa berbincang kat tempat lain?”
            Suasana sepi antara mereka. Asyraf yang sekadar pemerhati dah tak senang duduk. Matanya asyik memandang Karin dan Aerill bersilih ganti. “Karin, cuba you terangkan betul- betul. You tak nampak ke Aerill tu blur?”
            Karin mengeluh berat. Sebenarnya dia pun malas nak cari gaduh dengan orang. Air mocha panas yang terhidang dihirup perlahan- lahan. “Okay, senang cakap, Maya dah fly ke Jerman semalam. Dia stay kat sana dengan papa dia.” Aerill terkaku. Jerman? “Berapa lama? Kenapa dia tak beritahu?”
            Bungkusan di tangan dihulurkan. “Maybe forever… Anyway, ni hadiah daripada Maya. Dia minta aku beri pada kau hari ni. Happy birthday!” Aerill menyambut perlahan bungkusan berwarna biru itu. Warna kegemaran Maya seingatnya. Tangannya membuka bungkusan dengan berhati- hati.
            Mereka terdiam. Buku usang itu dipandang. Rapunzel. “Ini buku favorite Maya!” Buku dongeng itu dibelek sebelum dibuka satu per satu.
Karin dan Asyraf memandang sayu Aerill yang sedang asyik membaca buku. Perhatiannya terhenti pada muka surat terakhir buku sebelum air matanya menitis. Karin dan Asyraf tergamam. Terkejut pun ada.
“Kenapa ni?” Asyraf menyoal prihatin. Jari telunjuknya yang menggeletar menunjuk ke satu arah.
“Es tut mir leid… aber ich liebe dich, Aerill”
“I’m sorry… but I love you, Aerill…”

Buku Rapunzel dipeluk. “Maya…” 

Friday, July 12, 2013

NEED ME ONLY ~







“Untuk awak.” Aku terdiam. Berhenti terus air mata yang tadi mengalir deras. Dalam sedu, aku menyambut lollipop yang dihulurkan. Budak sebelah rumah.

            “Terima kasih.” Dia tersenyum. Tempat duduk disebelah aku diambil. “Awak gaduh lagi dengan  kakak awak?” Aku tertunduk. Malu nak menatap wajah manisnya. Air mata yang tadi berhenti mengalir kembali.

            “Mama dan papa tak adil. Selalu menangkan kakak. Sara tak buat salah pun.” Dalam esak aku cuba memberi penerangan. Pipi kanan diraba. Masih terasa lagi tamparan yang dihadiahkan papa.



            “Happy birthday Yaya. Ini hadiah dari papa dan mama.” Yaya tersenyum lebar. Gembira apabila hari ulang tahun kelahirannya di sambut. “Sara punya?” Lutfi tergamam. Aku dipandang dengan renungan kosong. Sekaligus soalanku dibiarkan tak berjawab.

            “Sara nak juga!” Lengan teddy bear direntap kasar. Maka berlakulah adegan tarik menarik antara dua pasangan kembar. Aku dan Yaya.

            “Sudah!” Lutfi merampas kasar teddy bear membuatkan aku terjatuh. Teddy bear diberikan kembali pada Yaya. Apalagi, bersoraklah kembarnya itu. Jeliran lidah dihadiahkan buatku. Aku mengetap bibir. Tak puas hati. “Papa, mama tak adil. Sara nak juga. Kenapa mesti Yaya je dapat? Tak adil!” Aku meraung.

“DIAM!” PANGGG!!!

“Dasar anak tak guna! Kau tak patut lahir kat dunia ni! Arghhh!!!”



“Sara, happy birthday!” Aku tersentak. Hilang terus insiden tadi. Mataku dibuka. Kembali ke realiti. Budak sebelah rumah ku pandang kosong.

            “Sara, untuk awak.” Rantai perak yang terukir S&A dipakaikan dileher.

“Sara, walaupun satu dunia ni benci awak, saya akan sentiasa ada untuk awak. Saya akan lindungi awak sampai bila- bila. Awak cuma perlu percaya pada saya dan lupakan yang lain. Cukuplah sekadar awak ada saya.”



“Hoi, Sara!” Aku tersentak. Cepat- cepat aku mendongak. Melihat empunya suara. Asy.

Aku tersenyum tanpa sedar. Tak sangka sampai sekarang dia lindungi aku. Dah macam kesatria pula. Jadi aku ni tuan puteri lah? Huh, kuat betul kau berangan, Sara.

            “Sara!” Lamunanku terhenti dan nyaris- nyaris aku nak dapat serangan jantung bila Asy mendekatkan wajahnya padaku. “Arghhh!”

            Aku tertunduk kesal. Tak berani bertentang mata dengan Asy yang tengah mengesat luka di wajahnya akibat cakaran aku. “Sara, kau tak potong lagi kuku?” Cepat- cepat aku membawa tanganku ke belakang. Tahu sangat mamat tu tengah marah.

            “Asy, kenapa dengan muka you?” Yaya tuba- tiba muncul entah dari mana bersama Jaja. Wajah Asy dibelek penuh teliti. Dah macam pak we dia pula mamat tu. Eh, kau jeles ke Sara? Tapi memang sesuai pun mereka. Sama cantik, sama kacak.

            “Sara, kau nak ke mana?” Asy cuba bangun bila aku bergegas meninggalkan tempat dudukku. Tak sanggup aku duduk situ lama- lama. Lagi- lagi bila si Jaja tenung macam aku ni penyibuk.



            “Sara, kenapa kau tinggalkan aku hari tu?” Aku tersentak dan hampir- hampir diserang sakit jantung untuk kali kedua apabila disergah dari belakang. “Sara.” Kali ni suaranya dikendurkan sedikit. Aku sengaja memekakkan telinga.

            “Hei, Sara! Sampai bila kau nak simpan Asy ni sorang- sorang? Kau ingat dia nak sangat ke melekat dengan kau? Sedarlah sikit diri tu. Dasar perempuan tak tahu malu! Hidup cuma menyusahkan orang.” Aku tersentak. Tak tahulah kenapa kebelakangan ni aku banyak sangat dapat kejutan. Jaja yang tiba-tiba muncul di depan aku dipandang kosong. Sesekali wajah Asy dipandang.

            Ya, sampai bila aku nak simpan Asy untuk diri aku? Betul ke dia ikhlas nak lindungi aku atau dia sekadar tunaikan janji dia masa kecil dulu? Dah berapa ramai perempuan yang kecewa apabila cinta mereka ditolak Asy. Semuanya sebab nak lindungi aku. Perlu ke aku lepaskan dia demi kegembiraan dia? Tapi macam mana dengan aku?

            “Sara?” Aku tersentak lagi. Aduh, boleh aku mengelamun siang- siang hari? “Are you alright?” Tangan Asy didekatkan. Hanya beberapa cm saja lagi sebelum menyentuh dahiku.

SLAP!!!

Aku terkedu. Aku tahu Asy terkejut dengan tindakan aku. Tapi aku tak tahu kenapa aku tepis. Aku yakin sangat Jaja tengah senyum lebar tengok adegan tadi.

 “Asy?” Entah kenapa aku bangun apabila Yaya menyapa. Aku sendiri dah tak tahu kenapa dengan diri aku ni. Kau jeles ke, Sara?

            “Sara!” Aku cuba jauhkan diri dari dia. Dah macam fobia. “Sara, kenapa ni?” Asy makin dekat membuatkan aku makin gusar. Aku dapat agak dia risau. Tapi aku tak tahu kenapa aku tetap bergerak ke belakang. “Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku!”

            Asy kaku. Tubuhnya tak bergerak. “Sara, kau halau aku? Kau tak perlukan aku ke?” Aku dapat rasa ada getaran dalam nada Asy tapi entah kenapa aku tak mampu tenangkan diri aku. Apa yang aku tahu, aku tak nak dia lindungi aku lagi. Aku tak kisah apa yang jadi pada aku. Biarlah aku tak bahagia asalkan dia tak derita bersama aku. Dan aku nak sendirian.

            “Aku kata pergi! Aku tak nak kau dekat dengan aku. Aku nak batalkan janji kita dulu. Aku tak perlukan kau lagi! Pergi! Pergi!” Air mataku mengalir deras.

BAM!

Aku tersentak. Terkejut dengan tindakan Asy yang tiba- tiba menumbuk dinding. Tak pernah aku tengok Asy seperti ni. Asy yang aku tahu seorang yang tenang dan langsung tak ada ekspresi muka. Siapa dia ni?

            “Kau serius? Betul kau tak perlukan aku lagi, Sara? Kau tak nak aku dah?” Suaranya ditinggikan membuatkan aku makin takut. “PERGI!!!”

Dari jauh, Jaja tersenyum puas.



            Kelas yang berlalu langsung tak terasa. Aku sendiri tak tahu apa yang aku belajar. Minda aku kosong. Asy langsung tak hubungi aku. Apatah lagi tegur dan jumpa aku. Dan sekarang, tinggal aku seorang. Langsung tak ada siapa yang sudi berkawan dengan aku. “Asy…”

            “Wah, tahniah korang.” Jaja menjerit riang membuatkan seisi kelas memandang ke satu penjuru. Aku tak terkecuali. Dan secara tak langsung, aku terbeliak. Langsung tak percaya apa yang aku lihat. Asy! Dan Yaya?

            “Isy, Jaja. You ni saja buat I malu tau.” Yaya dah tersipu. Dalam masa yang sama, satu renungan tajam dihadiahkan buatku bersama senyuman sinis. Dari tadi lengannya langsung tak lepas dari regangan Asy. Lelaki itu sekadar diam. Dah macam patung.  

            “Asy…” Aku bersuara lirih saat mereka berjalan melintasi aku dan duduk di bangku hadapan. Antara sengaja atau kebetulan. Dan kini aku saja keseorangan. Entah dah berapa lama aku tak duduk berseorangan. Setahun? Dua tahun? Atau bila?



            “Okay, class. Hari ini kita ada pelajar baru. Tolong beri tunjuk ajar pada dia. Am, you can enter now.” Seisi kelas tergamam. Kecuali aku yang asyik dengan buku kosong.

            “Can I sit here?” Semua mata tertumpu padanya. Jaja mencebik. Kenapa mesti situ?

“Am, you can sit next to me.” Jaja meng ‘offer’. Aku mengangkat kepala sedikit terkejut apabila seseorang menyentuh dahiku. Siapa?

            “Huh?” Ayat itu saja yang mampu terpancul keluar. Am yang menyentuh dahiku dengan dahinya tersenyum. “Sorry. Ingatkan awak sakit. Dari tadi saya panggil tak berjawab.” Aku mengangguk faham. Asy menjeling tajam. ‘Tak guna.’

            “Can I sit here?” Soalan tadi diulang. Aku sekadar bergerak sedikit ke tepi. Memberi ruang padanya untuk duduk. Aku tahu ada mata yang memandang tak puas hati termasuklah jelingan tajam dari Asy.

            “Sara, can you teach me?” Am masih dengan senyuman manisnya. Buku Business Management ditunjukkan. Aku yang baru saja nak berkemas terhenti.

“Biar I tolong.” Jaja mencelah. Entah dari mana datang tapi memang good timing. Aku segera bangun. bersiap sedia untuk pulang. “Sara! Saya nak awak ajar saya, please!” Am mengejar aku dari belakang membuatkan aku mencepatkan langkah.

            “Ouch!” Aku mendongak pantas. Nak tengok badan siapa yang aku langgar. Asy? “Sara!” Suara Am makin jelas kedengaran. “Seronok main kejar- kejar kat kolej? Memang betul kau tak perlukan aku kan?”

            Aku tersentak dengan kata- kata kesat dari mulut lelaki itu. Serta- merta lututnya terasa lemah. Aku bertambah takut. Kenapa Asy layan aku macam ni? “Dasar perempuan tak tahu malu! Aku benci kau!” Matanya memandang tajam tepat ke dalam anak mata aku. Renungan jelik.

            “Arghh! Tak! Tak!”

“Sara! Hoi, apa kau dah buat pada dia?” Kolar baju Asy direntap kasar oleh Am.

 “Penipu! Asy, awak penipu! Semua orang benci aku! Benci! Benci!”

            Asy dan Am tersentak apabila aku meraung kuat. Badan aku menggeletar. Kolar baju Asy dilepaskan dan aku didekati. Am mengusap lembut kepalaku. Penuh kasih sayang. Dan entah kenapa, aku selesa.

“Sara, walau satu dunia ni benci awak, walau lelaki ni buat awak terseksa, walau satu dunia ni tipu awak, saya akan sentiasa ada untuk awak. Saya dan Kira. Kami akan sentiasa sokong awak agar awak bahagia dan tak terseksa lagi.” Dan aku tersenyum dalam seksa. Mataku terpejam. Hatiku betul- betul tenang mendengar kata- kata Am. Dan aku seolah- olah pernah mendengar kata- kata itu dahulu. Tapi bila? Dan siapa Kira?

            Tubuhku diangkat Am dan dibawa ke klinik. “Aku tak nak lagi kau bercakap dengan Sara atau sentuh dia lagi, Asy! Remember that!”



“Shit!” Yaya terkejut apabila Asy melemparkan kata- kata kasar di hadapannya. “Asy, kenapa ni?” Dia terdiam. Masakan dia nak kata dia frust dengan mamat tadi. Slumber je mamat tu dukung Sara aku! Sara! Sara! Sara! “Arghhh!”



            “Asy, Sara suka Asy. Nanti bila besar Sara nak kahwin dengan Asy.” “Sara?” Perlahan- lahan aku membuka mata. Kembali ke dunia nyata. Am?

            “I tengok Am makin rapat dengan Sara. Diaorang kapel ke?” Jaja dan Asy tersentak. Masing- masing merenung tepat pada Yaya. “Kau suka ke mamat tu dengan minah sewel tu? Aku cop dia dulu kau tahu!”

            Yaya dah tak tahu nak kata apa. Bukan apa, dia sendiri cemburu dengan Sara. Tapi, apa yang dia boleh buat. Tak ada kan? Dapat Asy ni pun dah cukup untung.



Aku dah lama tak nampak Asy. Aku tahu Am sengaja jauhkan aku dari mamat tu. Am memang baik. Tapi sampai bila?

“Am pergi beli air sekejap ye.” Aku mengangguk tanpa banyak soal. Assignment dipandang kosong.

“Hoi, dasar perempuan tak tahu malu. Berapa lama lagi kau nak bolot Am?” Aku terkejut dengan kedatangan dua orang yang tak diundang. Jaja dan Yaya.

            “Jaja, dahla tu. Jangan buat kecoh.” Yaya cuba meleraikan pergaduhan yang hampir tercetus. Tak nak malukan diri dengan kelakuan bodoh Jaja. Aku sekadar memandang buku di depanku. Langsung tak berminat nak bertekak.

            “Hoi, kau pekak ke? Kau memang pandai berlakon kan? Dulu, kau jerat Asy. Mentang- mentanglah Yaya minat dia. Sekarang kau nak jerat Am pula? Hati kau memang busuk kan?”

            Aku tergelak kecil. Jerat? “So, kalau memang aku saja jerat diaorang, korang ada masalah ke? Bukan salah aku.” Yaya merona kemerahan. Antara marah dan malu.

PANGGG!!!

Aku terkesima. Tak tahu apa yang jadi. Pipi kananku pegang. Sakit. “Cukup!” Jaja dan Yaya tersenyum puas. Asy?

“Kau siapa nak tampar awek aku?” Aku terkesima. Terkejut dengan kenyataan itu. Yaya memegang pipi kirinya. Sakit tapi hatinya puas.

“Penipu! Kau, penipu!” Aku tak tahu kenapa aku meraung. Kenapa?

“Awak okay?” Tubuh Yaya diangkat supaya gadis itu mampu bangun. “Sara?” Am bergegas mendapatkan aku yang dah kotor. Pipi kananku dipegang.

            “Asy, aku dah kata jangan kau sentuh Sara! Kalau betul kau sayang sangat awek kau dan member dia yang muka tembok tu, jaga dia elok- elok. Jangan biar dia dekat dengan Sara!”

            “SHIT! Kau bukan lagi Sara yang aku kenal dan jangan kau berani usik awek aku! JUST GET LOST FROM MY SIGHT! Lagi bagus kalau kau tak wujud kat dunia ni!”



Aku berjalan longlai. Mata yang memandang langsung aku tak kisah. Baju yang comot pun aku tak ambil peduli. Arah aku hanya satu. Ke situ. Tempatku. Ingatanku kembali ke Am. Mesti dia pun benci aku…

            “Sara, jom kita pergi.” Tubuh aku ditarik namun aku tak terasa nak bangun. Aku tak terasa nak hidup lagi. “Sara…”

            SLAP!!!

Am tersentak dengan tindakanku. “Pergi! Aku tak nak jumpa kau lagi. Aku tak nak jumpa sesiapa lagi. Biarkan aku sendiri. Asy dah tak nak aku.” “Sara…”

“PERGIII!!!”



DUA bulan berlalu. Selama itu jugalah matanya tak lekang memandang tempat duduk belakang yang dulu diduduki Sara. Kosong. Am pun kini hanya datang sekali sekala. Hatinya terasa kosong. Dia tak tahu kenapa tapi apa yang pasti, Am membencinya 100%. Langsung tak bertegur. Membuatkan dia susah nak memulakan perbualan. Ditambah lagi dengan watak Am yang turut berubah. Dari riang kepada suram. Serius.

            Kelas bertambah sepi apabila dia datang. Am masih seperti dulu, setia di barisan belakang. Sesekali Asy menjeling melihat apa yang dilakukan lelaki itu. Conteng? Mesej?

            “Ah, sorry. Can I leave the class?” Am segera berkemas. Ada tempat yang perlu dituju. Madam Fazura mengangguk lemah. “I hope she gets better.” Am tersenyum pahit. “Thanks. I hope so.”



“Sara…” Tiada jawapan. Am merenung tepat wajah yang tak bermaya dihadapannya. “Sara, bangunlah. Walaupun dunia ni tak mahukan awak, walau Asy buang awak, saya akan sentiasa tunggu dan teman awak. Saya akan jadi penyokong awak dan buat awak bahagia. Saya dan Kira.”

            “Am…” Dia tersentak. Cepat- cepat dia menoleh. Kira. Senyuman ditarik walaupun terasa pahit. “How’s she?” Dia segera menggeleng perlahan. “Nothing changes. I don’t want it to be ended like this, Kira. I love her so much and she not even had a happy life yet. Can’t we do anything?”

            Kira terdiam. Sanggupkah lelaki itu berkorban? Dia hanya dapat fikirkan satu saja perkara yang boleh membuat keajaiban. “Anything?”



Asy mengeluh. Hatinya kosong. Beribu sesalan melanda dirinya. Bayangan Sara bermain di ingatannya.

            “Am!” Nama lelaki itu segera disebut apabila Am berdiri betul- betul di pintu keretanya. Am mengetap bibir. Konflik antara perasaan atau nyawa.



“Sara!” Asy dah separuh gila apabila melihat tubuh Sara terbaring tak bernyawa di katil ICU. “Am, kenapa dengan Sara? Apa dah jadi?” Kolar baju Am direntap.

“Heh, kau tanya aku? Bukan kau ke yang tak nak tengok dia? Bukan ke sekarang kau patut bersorak tengok Sara macam ni? Congrate, your wish come true, Asy.”

BUK!

Am tersentak apabila sebiji tumbukan kena tepat dipipinya. Asy dipandang. Dasar lelaki tamak!

            “Kau tahu tak, semua ni berpunca dari kau? Bukan ke dulu kau kata kau akan lindungi Sara? Kau akan selalu ada walaupun satu dunia benci dia? Tapi, Asy kenapa mesti kau kata kau benci dia? Kenapa kau tak kata dari dulu? Kenapa mesti kau ada sisi dia? Kenapa mesti kau tipu dia? Kenapa kau sama macam parents dia? Kenapa Asy?” Am terduduk. Wajahnya bertambah kusut. Sama seperti mindanya sekarang.

            “Tak, aku tak salah. Dia yang kata dia tak perlukan aku. Dia yang tak nak aku.”

“Tapi, awak dah janji, Asy. Kenapa mesti janji tu tak kukuh? Adakah sebab ia makin ditelan hari? Awak tahu tak betapa pentingnya awak dalam hidup dia? Bukan ke awak ada kata cukuplah dia sekadar ada awak dalam hidup dia? Awak kejam, Asy. Betul kata Am, awak hanya pentingkan diri.”

            Kira yang baru datang melabuhkan punggung disebelah Am. Bahu lelaki itu ditepuk lembut. Asy tergamam.

            “Aku dah tunaikan janji aku, Asy. Aku harap kau pergi dan jangan cari Sara lagi. Minggu depan kami nak fly ke US.”

            “By the way, kami minta maaf sebab salahkan kau. Ini semua salah Sara sendiri. Jangan kau cuba salahkan diri. Lepas insiden lepas, Sara keluar bandar dan entah macam mana dia boleh dilanggar pemandu mabuk. So, it’s not your fault.” Am meleraikan ketegangan. Tak mahu dia berdendam dengan lelaki itu.



“Sara, Asy minta maaf. Asy tak pernah benci Sara. Maafkan Asy. Saralah segala- galanya buat Asy. Walaupun satu dunia ni sukakan Asy, walau ramai mana yang datang, cukuplah sekadar Sara di sisi Asy. Dan itu saja yang buat Asy bahagia. Asy cuma nak Sara. Please, wake up and forgive me.”



“Asy tau tak ni lagu apa?” sebelah earphone dihulurkan. Aku tersenyum sebelum menutup mata. menghayati lirik lagu.

            “Sara, bahasa apa ni? Aku langsung tak faham.” Asy dah angkat sebelah keningnya membuatkan aku tergelak. Reaksi yang memang dah dijangka.

            “Ini lagu korea. Kim Jong Kook nyanyi. Tajuk ‘Can’t Forget’. Ni lagu favourite aku. Setiap kali aku dengar, hati aku akan tenang. Nanti kau nyanyikan untuk aku ye.” Aku tersenyum. Sambung semula dengar lagu tadi. “Tunggu sampai kau nak mati baru aku nyanyi.” Aku tersenyum paksa dengan jawapan Asy. Entah ikhlas ataupun sekadar bergurau. “Kalau macam tu, nanti kalau aku dah nak mati, kau nyanyi ye! Ingat janji kau.”



kkeuchiraneun malman chagapge namgin chae (Coldly leaving the words "it's over" behind.)
nareul tteonaryeo hana bwa doraseona bwa (You are probably going to leave me, you are going to turn away)
uuu uuu namgyeojin chae nunmulman (uhuhu uhuhu left behind, with tears only.)
yeotae ibyeoreul mideul su eobseoseo nan neoman chaja (I have always looked for you because I can't accept our break up.)

saranghae haehaehae nunmul nado neoman saranghae (I love hei hei hei. Even if i shed tears, I will still love you)
naega apado naega dachyeodo neoman algo neoman wonhae (Even if get hurt or ill, i know i will only want you.)
mot ijeo eoeoeo neoui pumeul naneun mot ijeo (Can't forget oh oh oh, I can't forget your touch.)
ani an ijeo jeoldae an ijeo apado neol sarang hallae (no, I won"t forget it, i will never forget it. I will love you even if it hurts.)

si rin nae nun soge chueongman barphyeoseo (Reminiscing the memories with tears in my eyes)
chama bonael su eomna bwa neol geurina bwa (that's why I can't let you go, that's probably why I miss you.)
uuu uuu japji motae huhoeman (uhuhu uhuhu i can't grab you, just regrets)
meongi deuldorok gaseumeul chimyeonseo nan naman tatae (I beat my chest, despite the bruises. i only blame myself)

saranghae haehaehae nunmul nado neoman saranghae (I love hei hei hei. Even if i shed tears, I will still love you)
naega apado naega dachyeodo neoman algo neoman wonhae (Even if get hurt or ill, i know i will only want you.)
mot ijeo eoeoeo neoui pumeul naneun mot ijeo (Can't forget oh oh oh, I can't forget your touch.)
ani an ijeo jeoldae an ijeo apado neol sarang hallae (no, I won"t forget it, i will never forget it. I will love you even if it hurts.)

a mudedo an gal geoya amugeotdo an halgeoya (I won't go anywhere, I won't do anything)
nan neoman gidaril geoya u~ (I will only wait for you, ohooo)

gieokhae haehaehae naneun hanmadiman gieokhae (I remember hei hei hei i only remember one word)
sa ranghandago saranghandago nae gaseume soksagin mal (that you love me, that you love me
The word you whispered to my heart)
ijeodo ooo naui modeun geoseul ijeodo (Even if you forget oh oh oh, even if you lose everything about me)
naega anikka jeonbu anikka gwaenchanha neon ijeodo dwae (it's ok because I know, I remember)

(saranghae haehaehae) (i love you hei hei hei)
neoman wonhae (haehaehae) (i just want you hei hei hei)

 neoman wonhae (I want you)



“Sara dengar tak? Asy dah nyanyi lagu tu macam yang Sara nak. Bangunlah. Asy tak nak tinggal sorang. Sampai bila Sara nak seksa Asy?”

            Kira dan Am sekadar memandang. Dari semalam Asy berjaga. Menunggu saat Sara membuka mata. Langsung tak berganjak melainkan solat di surau.



“Asy, sampai hati tipu Sara. Asy pun benci Sara. Benci. Tak ada siapa pun yang nak Sara. Satu dunia tolak Sara. Kenapa mesti Sara? Apa dosa Sara?” Air mata mengalir deras walau mata masih pejam. Asy tersentak. “Am!”

            “Pesakit sekarang nampaknya mengalami masalah emosi yang mendalam. Seperti sedang berhadapan dengan mimpi buruk. Banyakkan beri kata- kata semangat dan selalu ada di sisi dia.”



Sebulan hampir berlalu. Susuk tubuh Asy mengalami perubahan drastik.  Hubungannya dengan Yaya dan Jaja makin buruk. Yang ada di mata dan hatinya hanyalah Sara. Nasibnya baik kerana Am dan Kira tak jadi membawa Sara ke US kerana takut mendatangkan keburukan pada keadaan pesakit.

            “Asy, kau patut jaga diri. aku tengok kau dah macam mayat hidup. Macam mana kalau Sara bangun dan tengok kau macam ni? Kau nak dia bertambah sedih ke?” Asy menunduk. Dia tak mampu membidas. Kata- kata Am diterima dengan anggukan.



gieokhae haehaehae naneun hanmadiman gieokhae (I remember hei hei hei i only remember one word)
sa ranghandago saranghandago nae gaseume soksagin mal (that you love me, that you love me
The word you whispered to my heart)
ijeodo ooo naui modeun geoseul ijeodo (Even if you forget oh oh oh, even if you lose everything about me)
naega anikka jeonbu anikka gwaenchanha neon ijeodo dwae (it's ok because I know, I remember)


“Sara, sarang hae!” Sebentuk cincin silver dimasukkan ke jari kelingking.



Aku membuka mata buat sekian lama. Kepalaku terasa sakit. Ah, dah berapa lama aku tidur? Kenapa aku masih hidup? Aku memandang sekeliling. Gelap dan kosong. Hanya ada aku.

            “Asy…” Aku meraup mukaku. Air mataku mengalir deras. Kenapa aku mesti hidup dalam dunia yang bencikan aku? Kenapa aku tak mati? Asy pun harap aku tak wujud.

            “Sara!” Aku tersentak. Cepat- cepat aku mendongak. Aku kenal pemilik suara ni. Hanya dia. Asy!

            “Am, Kira!” Aku terkesima. Kaku. Tak tahu apa yang terjadi. Am? Kira? Kenapa aku rasa aku pernah kenal mereka?

            “Sara, I’m sorry. Asy tahu, Asy salah. Please forgive me.” Aku diam. Aku menepis tangan Asy apabila dia cuba memegangku. Aku tak nak tanam apa- apa harapan lagi.

            “Sara, Asy suka awak. Biar satu dunia suka Asy, tapi kalau Sara benci Asy, kalau Sara tak perlukan Asy, kalau Sara tak di sisi Asy, I can’t accept it. For me, you’re my only world. Cukup sekadar Sara dalam hidup Asy. I don’t need anything else. Hence, please forgive me and need me. Please and please need me. Only me.”

            Aku terkesima. Terkejut dengan kenyataan itu. Air mata aku mengalir makin deras. Mataku terpandang cincin silver yang cantik di jari kelingkingku. Rantai silver yang Asy hadiahkan dulu ku tarik keluar. Secocok.

            “Asy suka Sara dari dulu lagi. Rantai ni Asy minta mama buatkan untuk Sara. Sama juga dengan cincin ni. A&S kat cincin ni dan S&A kat rantai ni, Asy & Sara.” Aku tersenyum manis. Gembira.

            “Sara!” Aku segera berpaling ke arah suara yang memanggil. Kira tersenyum. Begitu juga dengan Am.

            “Siapa ni, Asy?” Kira dan Am tergelak kecil. Asy dah berkerut. “Bukan dia kawan Sara ke?”

            “Oh, maaf. Ni pertemuan kita yang pertama kan, Sara. Saya rasa Sara mesti dah kenal Am, kan?” Aku mengangguk pantas.

            “Saya Kira. Ini tunang saya, Am. Kami follower blog awak, Sara. By the way, Am ni sepupu awak. Kisah awak sangat menarik perhatian dan buatkan saya tersentuh. Am ambil keputusan bantu awak sebab dia cintakan awak as a brother. Kami tak sanggup nak tengok awak derita, Sara. Both of us love you. You’re so adorable and cute girl. For us, you’re our cute little sister. We can’t leave you alone. Jadi, walau satu dunia benci awak, jangan awak fikir awak berseorangan. Ingat kami akan sentiasa ada untuk awak. Kami akan jadi penyokong awak. Jadi, jangan mengalah ye, Sara.”

            Aku memeluk erat tubuh Kira. Walaupun jarak kami hanyalah 3 tahun, tapi dia begitu matang dan membuatkan hatiku betul- betul tenang. Wajah Am ku pandang.

            “Ingat ye Sara, Am dan Kira akan selalu ada. Jangan lupakan kami.” Kepalaku diusap lembut. Aku mengangguk pantas. Senyuman yang terukir makin melebar. Aku dah ada keluarga baru. A very warm family. And I love them.



Lutfi dan Laila diam. Tak tahu nak kata apa. Kedatangan Ghani dan Diana membawa maksud. Yaya tersenyum. Tak lama lagi dia akan disunting. Bunyi ketukan pintu membuatkan suasana yang sepi menjadi kendur. Salam diberi.

            Ghani dan Diana tersenyum melihat kedatangan anak lelaki mereka, Asy. Lutfi dan Laila tersentak melihat kehadiran Sara yang berbalut di kepala setelah beberapa bulan menyepi. Kira membantu Sara bergerak. Begitu juga dengan Am.

            Kedatangan Kira dan Am juga mengejutkan Lutfi dan Laila. Mereka kenal mereka berdua. Sangat kenal.

            “Asy, mama risau sangat. Tiba- tiba suruh mama dan papa datang sini. Sara, kenapa ni?” Diana membelek tubuhku. Kira tersenyum. Laila bergerak ke dapur. Menyediakan minuman buat tetamu yang datang. Yaya bergerak mendekati mamanya. “Siapa tu? Dengan Asy dan Sara?” Laila sekadar sepi. Hatinya tak keruan. Wajah Sara bermain di mindanya.

            “Sebenarnya, Asy ada hajat. Kalau boleh, Asy nak pinang Sara jadi teman hidup Asy. Boleh ma, pa? Cik Lutfi, Puan Laila?” Nada Asy serius. Yaya tersentak. Terkejut. Ghani dan Diana tersenyum sebelum mengangguk. Tubuh aku dipeluk penuh kasih sayang. Aku mengalirkan air mata.

            “Tak! Yaya tak setuju!”

“Maaf Yaya. Cik, Asy dah tak nak tragedi berulang lagi. Semuanya salah Asy, Sara koma. Yaya, walau sedalam mana kau suka aku, hati aku hanya ada Sara. Cukuplah Sara saja dalam hidup aku. I need her and I want her to need me. More than anyone.”

            “Abang, sudahlah. Kita dah banyak lukakan hati Sara. Dia tak bersalah pun. Kita yang bersalah. Kita yang tak boleh terima kenyataan yang kita dapat anak kembar.”

Lutfi terdiam. Dia tahu memang salah dia dan Laila. Mereka masih belum bersedia untuk menyara dua orang anak. Lebih- lebih lagi dua- dua perempuan. Siapa sangka Laila lahirkan kembar. Kenyataan itu membuatkan hatinya membenci anaknya sendiri. Dia masih belum bersedia.

            “Pak cik setuju kalau itu kehendak Asy. Sara, maafkan papa dan mama sebab seksa Sara.” Aku menjauh apabila Lutfi mendekatkan tangannya. Aku takut. Lutfi mengeluh. Kesal. Tak sangka kelakuannya membuatkan anaknya takut . Ah, biarlah. Itu sudah cukup baik daripada dia membenci.

            “Sara, mama minta maaf. Mama dan papa sayang Sara tapi kami tak kuat. Mama doakan Sara bahagia. Asy, tolong jaga Sara ye. Kira dan Am juga. Mak cik minta maaf.” Tubuh aku dipeluk. Aku menangis. Inilah kali pertama aku dipeluk mama. Aku membalas pelukannya. Selesa.

            “Baiklah, kalau macam tu lepas setahun Asy dan Sara tamat belajar, kita akan satukan. Boleh?” Asy tersenyum.

            Am dan Kira tersenyum. “Oh, ini kenalkan Am dan Kira, kawan Sara.” Asy memperkenalkan kedua- dua pasangan itu kepada Ghani dan Diana. Lutfi terkejut. Begitu juga dengan Laila.

            “Asy tak tahu ke, Am ni sepupu Sara? Dia pernah datang sini masa korang 5 tahun. Kira ni pula tunang Am. Dia anak presiden syarikat papa Asy dan pak cik Lutfi kamu.” Kenyataan yang keluar dari mulut Laila buatkan aku, Yaya dan Asy tergamam. Am sekadar tersengih. Sengaja dia tak nak beritahu.

            “Tapi kami ni juga abang dan kakak Sara!” Tangan Sara dipegang. Am dan Kira tersenyum. gembira. Akhirnya ‘adik’ mereka menemui kebahagiaan.



“Sara, walau tiada siapa yang kata cinta pada Sara, walau semua kata benci, walau semua kata Sara hodoh, walau tiada siapa yang sudi hadir untuk Sara, kami akan sentiasa kata kami cinta Sara, kami suka Sara, kami hadir untuk Sara sebab you’re our only cute little sister. Jadi senyumlah dan maju ke hadapan. Cari kebahagian dan jangan toleh ke belakang. Biar berapa kali Sara jatuh, kami akan sentiasa sokong dan bantu. You owned your own happiness.” –Am & Kira

“Sara, walau tiada siapa yang perlukan Sara, walau satu dunia bencikan Sara, biarpun semua menidakkan Sara, cukuplah sekadar Asy yang perlukan Sara, biarlah Asy saja yang tak membenci Sara, dan Asy takkan sesekali menidakkan Sara. Cukup kalau Sara ada Asy. ‘cause I need only you and I want you to be mine only. Please need me only and depend on me. I love you and no one else. My only Sara” – Asy.

“Walau satu dunia tak perlukan Sara, walau satu dunia benci Sara, cukup sekadar Asy di sisi. Dan cukup selagi Am dan Kira masih teguh menyokong. Itu sudah cukup buat Sara bahagia. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk Sara dan I want you to know I love you so much. Both my love and my brother and sister. You’re the best among the best. I’ll remember and please stay with me ‘till the end. That’s my only hope.” – Sara.



            Asy memejamkan mata. Menghayati lagu yang sedang berputar. Can’t Forget- Kim Jong Kook.

            “Dengar apa?” Aku menarik satu earphone lalu disumbat ke telinga. Serta merta aku berpaling memandang Asy yang tersenyum.

saranghae haehaehae nunmul nado neoman saranghae (I love hei hei hei. Even if i shed tears, I will still love you)
naega apado naega dachyeodo neoman algo neoman wonhae (Even if get hurt or ill, i know i will only want you.)


mot ijeo eoeoeo neoui pumeul naneun mot ijeo (Can't forget oh oh oh, I can't forget your touch.)
ani an ijeo jeoldae an ijeo apado neol sarang hallae (no, I won"t forget it, i will never forget it. I will love you even if it hurts.)
a mudedo an gal geoya amugeotdo an halgeoya (I won't go anywhere, I won't do anything)
nan neoman gidaril geoya u~ (I will only wait for you, ohooo)

gieokhae haehaehae naneun hanmadiman gieokhae (I remember hei hei hei i only remember one word)
sa ranghandago saranghandago nae gaseume soksagin mal (that you love me, that you love me
The word you whispered to my heart)
ijeodo ooo naui modeun geoseul ijeodo (Even if you forget oh oh oh, even if you lose everything about me)
naega anikka jeonbu anikka gwaenchanha neon ijeodo dwae (it's ok because I know, I remember)



            “Ini lagu favourite Sara kan? Dan sekarang, ini lagu favourite kita.”


Aku mengangguk perlahan. Air mata mengalir. Can’t forget. Ya, kami akan sentiasa ingat. Kerana ini kisah kami. Kisah bagaimana dia menjadi milik aku yang sah.