++Nakama++

Sunday, November 17, 2013

I'm sorry but... I love you [Maya's POV]




Love;
One beautiful word
One word yet holds many meanings inside it
Easy to fall yet hard to handle
To be able to hold, one’s willing to do anything
To sacrifice or to be sacrificed
But,
To know, one has to make a choice
To be loved, one must ready to be hurted
To learn, one must never be afraid
Once knows,
There’s no ways to turn back
One must always move forward and never lose
Thus,
That’s the beginning of everything
The story of love
Sweet yet bitter …
“… And so, they live happily ever after.”
“Mama, mama! Nanti bila Maya dah besar, Maya nak jadi macam Rapunzel. Dapat kawin dengan tuan putera.”
“Hurm, Maya … bla… bla… ”
Mama, apa yang mama cakap ni? Maya tak fahamlah. Bahasa apa tu mama?
“Okay class, that’s all for today. Make sure you submit your assignment before next Friday. Any questions, see me in my office.”
Suasana mula hingar bingar seperti di pasar sebaik sahaja Madam Zaharah meninggalkan bilik kuliah. Para pelajar mula beransur. Kebetulan masa selepasnya masa rehat.
Karin menyusun buku dan kertas yang ternyata berselerak di hadapan matanya. Dari yang miliknya hinggalah milik insan di sebelahnya. Senyuman nipis terguris sebaik sahaja matanya jatuh pada wajah itu.
“…ya… Maya!” Karin menggoncang lembut. Ini dah kali ketiga. Langsung tiada reaksi. Matanya tertarik pada buku setebal dua inci.
BAM!
Aku tersentak. Cepat- cepat aku memandang sekeliling. Wajah Karin yang cuba menahan gelak kupandang sebelum aku mencebik. Mata kugosok lembut. Kini aku dah terjaga sepenuhnya.
“Seronok tidur?” Karin menyindir. Buku yang tadi dihempas di ambil semula. Karin, teman rapatku merangkap sepupuku. Kami dah bersama sejak kecil lagi. Dari sekolah tadika sehinggalah ke alam universiti. Sentiasa bersama. Ditambah lagi dengan situasi aku 8 tahun lepas semasa mama meninggalkan aku dari dunia ni. Hurm, pendek cerita, lepas mama tak ada, papa sibuk dengan kerja and then dia fly ke German. Jadi, aku ditinggalkan seorang diri. Nasib baik keluarga Karin ni baik tapi seganlah selalu menyusahkan mereka walaupun mereka tak cakap. Aku tahu pun sebab aku ni sensitif dalam semua hal. Ditambah lagi dengan keadaan aku ni yang …
“Maya, jom! Asyraf dah tunggu kat kafe.” Teguran dari Karin betul- betul mengejutkan aku dari lamunan. Itulah, kuat lagi mengelamun masa orang lain sibuk mengemas. By the way, Asyraf tu boyfriend Karin… Okay, enough with the introduction!
Haih~
Aku melepaskan keluhan. “Jelesnya… Bila agaknya aku ni nak tamatkan zaman bujang tanpa boyfriend?” Tak tahu kenapa ayat tu keluar dari mulut aku tapi ternyata ayat itu juga yang membuatkan Karin terhenti. Pandangannya jelas tepat ke arahku, hampir- hampir membuatkan aku kurang selesa.
“Maya…”

“Kyaa~ Aerill, hari ni you lunch kat mana? I nak join boleh?”
“Kita lunch sama, jom!”
Kami terdiam. Karin apatah lagi. Tergantung percakapannya tak semena- mena. Mata kami tertumpu pada satu arah. Koridor yang betul- betul di hadapan pintu kuliah. Sekumpulan pelajar berkerumun macam lalat. Punca? Hurm, kalau nak tahu, cuma ada satu je. AERILL, mamat dari jurusan business and management a.k.a mamat paling handsome kat sini. Ye ke? Aku tengok biasa saja tak adalah sampai tahap paling okay!
Aku perhati sahaja gelagat mereka yang dah tergedik- gedik macam tak ada kerja lain nak buat. Aerill tu pula dari tadi senyum saja. Dasar mamat playboy. I hate that type the most!

“Aku ada appointment petang ni jadi aku tak join dinner.” Aku memandang siling kosong. Maksudnya malam ni aku makan seoranglah. Boring~
“…ya… Maya!” Aku membuka mataku apabila terasa badanku digoncang seseorang. “Karin?” Aku bangun dan duduk. Wajah Karin yang risau membuatkan aku rasa bersalah. Matanya memandang ke arah meja study ku. “Kau dah makan?” Aku menggeleng perlahan. Kedengaran keluhan dari Karin. “Jadi, kau mesti tak makan ubat jugakan?” Dia menduga lagi. Aku sekadar menggeleng lemah. Tahu di mana salahku.
            Jam dahpun menunjukkan jam 10 malam. Bilik tu terasa sepi buat seketika. Aku langsung tak berani bersuara. “Hurm, jom turun. Aku masakkan sesuatu. Lepas tu, makan ubat.” Karin bersuara sebelum melangkah keluar. Ke dapur.
Tweet! Tweet!~
Aku tak jadi bergerak. Handphone yang berbunyi kuambil. Mesej dari ayah Karin, pak cik Ammar. Inbox kubuka dan…

“Oh, good timing. Aku baru siap masak. Sini duduk makan.” Karin mengarah dan aku mengikut. Nasi goring panas dihadapanku langsung tak menarik minatku. Mindaku lebih terarah kepada kandungan mesej tadi dan ini menarik perhatian Karin. “Maya?”
Suasana sepi. Karin menunggu sabar. Aiseh, time ni lah lidah nak kelu. Wajah Karin kupandang lama. Agak- agaknya macam mana reaksi dia nanti? “Sebenarnya …” Perlahan- lahan handphone kuhulur pada Karin. Dia membaca apa yang tertulis. Matanya terbuka seluas yang boleh. Tak percaya dengan apa yang dikhabarkan.
“Urm, er, selagi ada masa, aku nak minta kau tolong aku. Please!”
Karin dah serba salah. Dia tahu kami tak boleh ubah keputusan keluarga. Lagi dua bulan. Dan aku tahu Karin tahu apa permintaanku.
“Nanti aku tanya Asyraf.”

Hujung minggu. Hari ni aku ada blind date. Dengan siapa? Well, aku sendiri tak tahu. Apa yang aku tahu, ‘dia’ tu kawan Asyraf. Dan ini permintaan aku pada Karin tempoh hari. To feel how it is to be in love.
            Aku membelek- belek pakaianku di hadapan cermin besar di stesen. Okay. Aku memandang jam tangan memeriksa waktu. Lagi 10 minit. Cuak pula rasa. Entah siapalah kawan si Asyraf ni.  Jangan mamat pelik sudah.
            Lagi 5 minit. Aku bersandar pada tiang besar berhadapan peta dan mesin tiket. Mindaku asyik berimaginasi tentang ‘dia’.
“Hi, sorry lambat.” Aku yang asalnya memandang lantai terus mendongak. Mengenalpasti identiti ‘dia’.
“Aerill?!!”
Dia tersenyum. Peluh yang mula menitik di wajah tampannya di lap dengan hujung baju. Aku tahu dia berlari untuk ke sini. “Jadi, awak ni Maya?” Aku mencebik. Spoil terus mood aku. Kenapa mesti type ni?
            “So, apa plan kita hari ni?” Aku buat tak endah dengan soalannya. Handphone ku yang berbunyi cepat- cepat ku buka. Dari Karin.
Aku dengar date kau dengan Aerill. Sorry, aku lupa nak beritahu Asyraf yang kau tak suka dia. Anyway, just enjoy for today and anything bad happen, just contact me. Be careful, ‘kay.
Aku mengeluh sebelum menyimpan kembali handphone. “Done?”
            Aku tersentak. Tak sangka mamat ni ada lagi kat sini. Aku mendengus sebelum mula melangkah pergi. Malas berlama- lama kat situ. Baik balik.
“WATCH OUT!!!”
Aku terdiam. Mataku memandang tangga dihadapanku. Hampir terhenti jantungku dibuatnya. Kalaulah Aerill tak tarik aku tadi, memang ke hospital jawabnya. Aku tersentak. Kini aku dalam pelukan Aerill. Malunya, dahla semua orang pandang.
            “Saya tahu awak tak suka saya but can’t you just bear with it for a day?! Really, I almost got heart attack. Please Maya, jangan buat orang risau.” Aku memandang lantai. Pelukannya ku biarkan buat seketika. Rasa bersalah menyelubungi diri. “Es tut mir leid…”
Aku memandang Aerill tepat. “Ah, sorry.” Pelukannya dilepaskan. Gaya macam dia peluk aku tanpa sengaja. “Saya ikut awak pergi mana yang awak nak.” Tanpa sedar, aku mengeluarkan ayat itu. Aerill dah pandang macam tak percaya. Senyuman di bibirnya makin lebar. Urgh, I really can’t stand this type of man.
            “Serius? Kalau macam tu, JOM!” Tanganku ditarik secara tiba- tiba. Ke mana dia nak bawa aku ni?
Aku memandang bangunan yang terbina megah betul- betul di hadapanku. Aerill dahpun menghilang entah ke mana. Geramnya bila fikir semula! Suka- suka je heret aku lepas tu tinggalkan aku macam tu je. Urgh!!!
“Sorry for the wait.” Aku tersentak apabila terasa pipiku sejuk gara- gara bersentuhan dengan air sejuk. Cepat- cepat aku mengalih pandangan. Wajah Aerill yang tersenyum sambil menghulurkan air minuman betul- betul buatkan aku tak selesa. Rasa bersalah ada juga. Don’t judge a book by its cover, haven’t you heard about it?
            Aku sekadar berdiam diri saja. Setiap langkah Aerill ku ikut tanpa banyak soal. Tapi penat juga sebab dari tadi dia asyik keluar masuk kedai. Dari kedai kasut hinggalah kedai baju. Penat ikut, mengalahkan keluar dengan perempuan.
“Er…”
“Lepas ni kita ke sana pula!” Aerill terus menarik tanganku sambil melangkah masuk ke dalam kedai Adidas. “Boleh tak kalau…”
“Kita ke sana, jom!”
“Cut it out!” Dia terpana dengan tindakanku yang menepis tangannya dengan kasar. Wajah aku dah merah menahan marah. Suka- suka je heret aku. Langsung tak nak beri aku peluang cakap. Aku terus bergerak meninggalkan Aerill keseorangan. Apa yang penting, aku tak nak berada lebih lama dengan mamat ni. Macam manalah pompuan suka melekat dengan dia ni?
            Aku memandang sekeliling. Dah berapa lama entah aku berada di mall itu aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, perut aku dari tadi dah berbunyi. Dah masuk lunch time ke? Ah, ubat! Aku berjalan sekeliling mencari tempat makan. Hurm, maybe KFC better for now.
            “Maya!” Aku berpaling apabila terasa seperti seseorang memanggilku daripada belakang. Aerill?!!!
“Awak pergi mana? Puas saya cari!” Ah, aku buat dia risau lagi. Aku rasa serba salah tak fasal- fasal. “Awak nak ke mana sekarang?” Aku memandang wajah Aerill yang jelas terpapar reaksi risau. Peluh menitik di wajah tampannya. Perlahan- lahan jari telunjukku menghala ke arah KFC. “Kalau macam tu, jom!” Aerill berjalan meninggalkanku. Kemudian, dia mengarah aku untuk mencari tempat kosong sementara dia membuat pesanan.
            Suasana antara kami sepi tanpa sebarang perbualan. Hanya suara dari sekeliling sahaja kedengaran. Makanan di depan mata dibiarkan sahaja.
“Sorry.” Aku tersentak. Cepat- cepat kepala kudongak bagi memandang Aerill. Jelas wajahnya dah masam mencuka. Aku ke penyebabnya? “Er, saya yang patut minta maaf… Sebab buatkan awak risau…” Aku cuba meluahkan apa yang aku nak ucapkan. Suaraku bergetar. Entah dia sedar ataupun tidak.
            “Saya yang patut minta maaf. Saya asyik bawa awak ke hulu ke hilir tanpa keinginan awak. Actually, dah lama saya tak keluar dan berjalan ke mana yang saya nak. Well, kalau keluar dengan yang lain, saya selalu kena ikut mana mereka pergi dan… Tak sangka saya buat apa yang mereka buat pada saya kat awak. Sorry sangat- sangat.” Aku diam saja, membenarkan dia bersuara. Makanan di depan mata kuambil lalu dimasukkan ke dalam mulut. Terus terang, aku tak tahu macam mana nak berbual dengan mamat jenis macam ni.
            “Jadi, awak nak ke mana? Saya temankan.” Aku terdiam. Hah?

Kami memasuki MPH Bookstores. Ke mana saja aku melangkah, dia mengekor. Rimas ada juga tapi kubiarkan saja. Kini aku memandang sekeliling. Mencari buku yang aku nak. Setiap bahagian ku lawati.
            “Awak cari buku apa?”
            “Hah?” Aku tersentak. Tiba- tiba ditegur. Aerill yang berdiri di hadapanku kupandang dengan mata yang terkebil- kebil. Blur sekejap. “Er, urm… Romance of three kingdoms!” Aku pandang Aerill yang seolah- olah memikirkan sesuatu. “Buku novel ke tu?”
Apa mamat ni cakap? Dia tak tahu ke yang …
            “Romance of three kingdoms tu buka sastera tentang sejarah China. Tak tahu ke?” Aerill terdiam. Serius ke? “Hurm, never thought you like that kind of books. Best ke?”
“Ah, well, I’m a literature student. Lebih- lebih lagi buku tu common book untuk peminat sastera. Saya tak tahu best ke tak bagi orang macam awak tapi saya suka. Lagi- lagi watak Cao Cao.” Urgh! Macam mana aku boleh ringan mulut je ni? Malunya…
            “Hurm, well whatever… Tapi, kalau fasal sejarah, kenapa tak baca saja sejarah negara kita?” Aku membuat muka. Sejarah Tanah Melayu ke? Ops, aku bukan prejudis atau apa, cuma…
            “Awak nak saya baca lagi sejarah tanah melayu yang kita dah belajar dari zaman sekolah tu ke? Terus terang saya cakap, saya tak berapa suka baca. Banyak tokok tambah. Lagipun jemulah. Saya lebih minat baca sejarah negara lain.” Aku mula petah berkata- kata. Kalau topik fasal benda macam ni, memang aku suka. “Kalau macam tu, macam mana dengan sejarah Islam?”
Aku memandang Aerill yang dah tersenyum kambing. Dia ni nak kenakan aku ke apa? “Sejarah Islamlah yang saya paling minat. Tapi sekarang mood saya terarah pada sejarah China. Awak fikir saya ni tak baca ke buku macam tu?” Aku mula menyoal. Nada keras kugunakan. Aerill hanya tersenyum. Aku memandang sekeliling. Puas aku mencari tapi masih tak jumpa apa yang aku nak. Aerill yang dari tadi mengikut tiba- tiba menarik aku ke suatu tempat. Kaunter pertanyaan. Aiseh, kenapalah aku tak terfikir tadi?
            “So, macam mana?” Aku mengeluh berat. Buku tu nampaknya tak ada stok. Sia- sia saja aku mencari. Katanya dalam dua bulan baru sampai. Hurm, macam mana ni? Aku mengeluh berat. Kecewa menyelubungi diriku.
“Kenapa awak tak order online je?” Aku terdiam. Order online? Wajah Aerill kupandang seolah- olah meminta penjelasan lanjut. “Pendek kata, awak order dari luar. Kemudian dia akan hantar melalui pos. Kalau fasal bayaran, kena ada akaun paypal tak pun pakai kad bank. Er, awak tak tahu ke?” Aku menggeleng laju. Oh, rupa- rupanya ada juga cara macam tu.
            “Kalau macam tu, banyaklah buku yang saya boleh beli yang tak ada dekat sini?” Aku menyoal lagi. Inginkan kepastian. “Well, of course. Lagipun beli secara online ni buatkan awak shopping ke serata dunia. Bukan satu tempat saja. Cuma, awak kena berani tanggung risiko.”
Shopping ke serata dunia? Serius???!!! Tapi…
“Kenapa ni?” Aku menggeleng lemah. Bagus memang bagus tapi aku ada satu masalah. “Saya tak tahu macam mana nak buat.” Aerill yang tadi terkebil- kebil kini dah ketawa sakan buatkan aku naik darah. Rasa menyesal pula beritahu dia ni. Aku menjeling tajam.
“If that so, then how about I help you?”

Aku dah tak ingat dah berapa hari berlalu selepas blind date kami hari tu. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tak kena je. Hari- hari teringatkan mamat tu. Aku ni sakit ke? Aerill pula langsung tak contact lepas tu. Kata nak tolong. Huh, saja je beri aku harapan.
“… ya! Maya!” Aku tersentak. Karin dan Asyraf yang berdiri di hadapan kupandang dengan penuh tanda tanya. “Kau okay tak?” Aku mengangguk lemah. Macam manalah aku boleh buat Karin risau. Aku dah janji tak nak susahkan dia. “By the way, kenapa Asyraf ada kat sini?” Setahu aku kelas Asyraf tak ada hari ni dan Karin tak kata apa- apa pun fasal ada date or something. Jadi kenapa?
            “Ah, well, aku just temankan si Aerill hari ni. Katanya ada hal nak cakap dengan kau.” Hah, teman mamat playboy tu? Selama ni boleh je datang sendiri, tiba- tiba berteman? Aku berjalan mendapatkan Aerill apabila sedar dia memanggil. Gadis- gadis yang tengah berkerumun sekelilingnya dah pandang semacam. Gaya nak makan aku je. Seram sekejap.
            “Ah, saya nak survey fasal buku yang awak nak tu. Buku tu terbahagi pada beberapa volume. Awak nak beli volume pertama saja ke atau semua?” Aku terdiam. Hurm, macam mana ye? Aku tak nak susahkan dia tapi perlu ke beli semua terus. Lagi dua bulan …
            “Kalau macam tu, saya nak order semua volume. Kenapa awak tak mesej atau call saya je kalau fasal hal ni. Tak payah susah- susah datang sini. Saya rasa serba salah pula.” Aerill sekadar berdiam diri. Soalan aku dibiarkan berlalu. Dia sibuk menulis sesuatu di memo handphonenya. Mungkin catat apa yang aku kata tadi.
“Ah, bayaran dia macam mana?” Baru aku teringat fasal tu. Takkan nak suruh dia bayar… Dahla banyak. Tapi, takkan aku nak bagi no kad bank aku pula. Macam mana ye? “Fasal tu, awak jangan risau. Saya pakai akaun saya. Nanti bila buku dah sampai, saya bagi awak resit pembayaran dia. Awak transfer je kat bank saya. Okaylah, saya pergi dulu.”

“Maya, jom makan!”
Karin meluru masuk ke dalam bilik apabila aku tak menyahut apatah lagi muncul di meja makan. Dia memandang aku yang tengah ralit membaca buku.
            “Hai, baca buku ke berangan?” Aku tersentak apabila mendengar Karin menyindir betul- betul di sebelah telingaku. Meremang bulu roma sekejap. Buku kisah dongeng Rapunzel di ambil lalu dibelek berulang kali oleh Karin sebelum diletakkan semula. “Dah berapa tahun agaknya buku ni. Tak sangka kau simpan lagi.”
Kalau ikut umur aku yang dah 22 tahun, maksudnya buku ni dalam lingkungan 22 tahun jugalah. Mama yang hadiahkan buku ni masa birthday aku yang ketiga. Dan buku ni jugalah yang selalu mama baca sebelum aku tidur. Kisah dongeng puteri yang dikurung di menara. A sweet love story with great adventure.
            “So, siapa tuan putera tu? Aerill?” Karin menyakat. Kali ni muka aku merona kemerahan membuatkan dia terdiam. “Hey, serius?! Bukan ke kau kata dia jenis mamat yang paling kau benci?” I hate that type the most!
Siapa yang boleh menidakkan kata hati. Benci boleh jadi suka. Sebab tu orang selalu kata jangan terlampau bencikan sesuatu, nanti sesuatu tu jugalah yang kita paling sayang.
            Aku memandang luar tingkap. Angin malam yang bertiup kunikmati selagi boleh. Nyaman. “Lagi sebulan lebih.” “Kau, dah beritahu Aerill?” Aku memandang Karin lembut sebelum melemparkan senyuman. Mataku kini kembali ke arah luar tingkap semula. “Dia tak perlu tahu, Karin. This situation is already enough for me.”
Kami duduk di meja makan dan menikmati makan malam tanpa sebarang perbualan. Karin langsung tak bersuara. Hanyut dalam dunianya. Aku malas nak layan.
Malam tu, entah kenapa aku termimpikan mama dan aku masa aku kecil. Mama tengah bacakan cerita Rapunzel, cerita favorite ku. Entah kenapa aku selalu mimpikan saat tu. Aku rindukan mama ke? Tapi, kenapa aku tak mampu tangkap apa yang mama cuba sampaikan? Kenapa aku mesti terjaga sebelum aku tahu?

Aerill seperti biasa, dikelilingi gadis- gadis. Bukan saja dari kelas aku malah dari fakulti dan kelas lain. Kalau dulu aku rasa menyampah, sekarang aku rasa cemburu. Jatuh cintakah aku? Aku menggeleng pantas. Cuba buang jauh- jauh pemikiran tu. Sekarang bukan masa nak touching- touching or jealous. Just be myself. The usual one.
            “Maya!” Aku terus menoleh. Urgh, kenapa mesti dia bawa mereka ni? Aku tak tahu kepada siapa aku geram dan marah. Pada Aerill yang memanggilku sambil membawa gadis- gadis ni ataupun pada gadis- gadis ni yang asyik berkepit dengan Aerill. Takpun, pada aku yang nak jeles tak tentu fasal. Yang mana?
            “Buku yang awak nak dah sampai. Nak saya hantarkan ke rumah?” Pandangan dari mereka membuatkan aku susah nak katakan boleh. “Er, awak bawa saja ke sini. Nanti saya bawa balik sendiri. Kalau tak ada apa- apa, saya minta diri.” Aku terus saja melangkah. Tak nak aku berlama- lama di situ.

Aku berjalan lenggang ke setiap rak di dalam library. Setiap buku yang menarik perhatianku, kuambil kemudian kubelek laju. Suasana di dalam library yang sunyi menenangkan hati. Aku paling suka duduk di sini.
“Nee, Aerill… You ada apa- apa ke dengan minah Maya tu?” Aku terdiam kaku. Ada orang cakap fasal aku ke? Aku mengintai dari jauh. Kelihatan sekumpulan pelajar di satu sudut. Aerill!
            “Kenapa?” Aku langsung tak bergerak atau senang kata, badanku tak nak bergerak. Hatiku nak terus mendengar apa yang mereka bualkan. “Well, sejak kebelakangan ni, you selalu hang out dengan minah tu. Pergi kelas dia. Jumpa dia. Siap tolong dia beli buku. You dengan dia couple ke?”
Sepi.
“Haha… Apa yang you girls merepek ni? I, couple dengan dia? First of all, I pergi kelas dia and jumpa dia dan tolong dia beli buku sebab I dah janji hari tu. Lagipun dia langsung tak tahu macam mana nak beli secara online. I just tolong dia you girls cakap kami couple? That’s the thing that’ll never happen.”
“Yeke… I dah agak. Mana mungkin you couple dengan dia. I dah cakap kat Yuna tapi dia still tak percaya. Lagipun minah tu nerd and ugly.”
“Maya, sini pun kau. Jom, kita dah lambat ni!” Aku terus meninggalkan tempat itu. Aku sedar Aerill memandangku. Hatiku sakit namun kubiarkan.
That’s the thing that’ll never happen… Ayat tu bermain- main di mindaku berulang kali. Sedang aku asyik dalam duniaku, Karin datang bersama dua mug hot chocolate. Buaian yang tadi dinaiki aku seorang kini turut dinaiki Karin. Kami sama- sama menikmati pemandangan malam. Langit yang diterangi gugusan bintang kupandang lama.
            “Nak duduk luar berapa lama? Tak elok untuk kesihatan kau. Let’s go inside, Maya!” Karin mengajak lembut namun dibalas dengan gelengan olehku. “Lagi sebulan, Karin. Aku nak nikmati suasana malam kat sini lagi lama. And, just for today. Please~” Karin mengeluh panjang. Dia yang tadi berdiri kini kembali duduk. Kami sekadar berdiam diri.
            “I wonder how it looks like at there. Will it be the same or …” Aku bersuara memecahkan kesunyian. Nadaku sedikit suram. “Well, likely it’ll be different. The surrounding’s not the same but Maya, as long as we stay in this world, stand in this land we’ll always be connected just like the sky. I’ll always remember you.” Karin kupeluk erat. Air mata kami berlinangan. Makin lama makin deras rasanya. “I’m scared to be alone again… To be leaving behind again by papa, I’ll never gonna survive after this.”

Aku terkebil- kebil cuba memproses apa yang sedang berlaku. Kedatangan Aerill pada hujung minggu bersama Asyraf betul- betul mengejutkan. Katanya untuk menghantar buku yang aku pesan. Dasar mamat degil! Mereka berdua di bawa masuk oleh Karin. Buku yang aku pesan kuarahkan mereka letak di dalam bilik bacaan sementara Karin menyiapkan makanan tengah hari.
            Aerill memandang sekeliling sementara aku menyusun buku yang baru kuterima. Akhirnya… Aku membuka muka surat pertama. Ah, tak sabarnya nak baca.
            “Maya, buku ni…” Aku memandang buku yang dimaksudkan Aerill. Rapunzel. “Ah, ni buku pertama yang saya dapat daripada mama. My treasure.” Aerill mengangguk sambil membelek- belek kandungan buku itu. Aku tinggalkan dia dalam dunianya dan meneruskan kerja.

            “Jadi, mana resit pembelian?” Soalan itu kukeluarkan sebaik sahaja kami selesai makan. Wajah Aerill kupandang tepat. Kenapa dia tak nak jawab? “Aerill?” Aku meninggikan suara membuatkan dia tersentak. Entah apa yang difikirkan tak tahu. Perlahan- lahan resit pembelian dihulurkan. Aku melihat harga yang terpapar. Serius? Wajah Aerill kupandang lama.
            “Kalau mahal macam ni, kenapa awak tak beritahu saya? Kalau saya tahu, saya tak suruh awak order guna akaun awak.” Aku dirundum rasa bersalah. Duit bukan persoalan. Mahal atau murah pun bukan jadi masalah. Cuma, kalau tahu harga dia sampai macam ni, aku tak suruh dia bayar sendiri. Macam manalah aku boleh tak terfikir ni semua?
“Sebab tu saya tak beritahu awak.” Aerill yang baik. Aerill yang bertanggungjawab. Aerill yang degil. Aerill yang playboy. Aerill yang … Kenapalah aku suka kau???!!!

Hari membilang hari, saling silih berganti. Aku menjalankan aktiviti harianku seperti biasa. Makan bersama Karin, tidur bersama, keluar bersama … Semuanya bersama. Langsung tiada apa yang berbeza. Bersama Aerill pun begitu juga. Kami berbual, berbalas mesej dan saling bertentang mata. Sama saja. Cuma masa saja dipendekkan. Kalau dulu aku sanggup berbual atau mesej tanpa mengira masa, kini aku sekadar berbual atau mesej bila perlu saja. Ada jarak yang terukir.
            “Maya, awak free tak hujung minggu ni?” Aku memandang Aerill yang entah bila berdiri di hadapanku. Pelik pula bila tiada gadis mengelilinginya kali ni. Wajah Aerill yang berseri ceria ku jeling sekilas sebelum mataku kembali kepada buku.
            “Sorry, saya sibuk.” Aku terus bangun dan melangkah pergi mendekati Karin. Dia mengangguk saja. Aerill yang masih di situ terpinga- pinga.

Kini aku jarang bersama Karin. Aku sibuk menguruskan halku. Sepanjang minggu aku sibuk ke hulur ke hilir ke pejabat dan bilik kuliah. Makan minumku masih terjaga memandangkan Karin sentiasa menjemputku untuk makan dan memastikan aku makan. Aerill? Aku jumpa saja dia namun hanya bertentang mata. Tak ada masa aku nak berbual. Lagipun kami langsung tak ada apa yang nak dibualkan sebenarnya!

TOK! TOK!
Pintu bilikku diketuk sebelum dibuka Karin. Aku yang sedang mengemas memberhenti pekerjaanku. Karin melabuhkan punggungnya di atas katilku. Aku memperbetul dudukku.
            “Tadi, ayah aku call. Katanya uncle Adi minta kau contact dia.” Aku terdiam tanpa kata. Papa? Wajahku bertukar suram. Karin menyentuh bahuku. “Apa kata kau cuba bersemuka dengan uncle Adi? Sampai bila nak teruskan salah faham ni? Try to understand each other.”
            Skype kubuka. Nama papa kucari. Tanganku rasa menggeletar tiba- tiba. Aku menarik nafas dalam- dalam sebelum ikon video call di tekan.
Hallo, papa! Wie geht’s? (Hi, papa! How are you?)” Aku memulakan perbualan. Papaku sedikit terkejut menerima panggilan daripadaku. Matanya dah berair. Kutatap wajah papa yang makin cengkung. Dah berapa lama kami tak berjumpa ye? Papa nampak lain.
Hallo, mir geht es gut. Sie hatte sich wirklich schön, genau wie deine mutter, Maya. (Hi, I’m fine. You’d become beautiful, just like your mother, Maya.)” Aku sekadar tersenyum nipis. Lebih kepada memaksa.
Maya, es tut mir leid. (Maya, I’m sorry.) Papa cuma pentingkan diri. Tinggalkan Maya seorang diri dan fly ke Jerman.” Suaranya kedengaran seolah- olah merintih. Kami diam.
“Papa… Maya faham. Maya tak salahkan papa. Lagipun family uncle Ammar ada kat sini.” Aku cuba bersikap matang. Sebenarnya aku tahu papa serba salah. Aku tahu sebenarnya papa tinggalkan aku sebab dia tak boleh terima berita fasal pemergian mama. Dia sangat cinta akan mama.
“Jadi, boleh berikan papa peluang kedua?” Aku tersenyum sebelum mengangguk. Why don’t I give it a chance? Maybe it’s better to start a new life rather than continue to live in suffer!

“Aerill, next week birthday you kan?”
“You nak apa?”
“You buat party tak? Jangan lupa jemput I…”
Aku sekadar memasang telinga. Next week birthday Aerill ke? Aku menjeling ke arah Aerill yang melangkah mendekatiku. Gadis- gadis yang tadi berkerumunnya mula mencebik dan menjeling tajam.
“Maya…” Dia menyebut namaku lembut. Alahai, sweetnya~ Aku berpura- pura sibuk. Dia memanggil sekali lagi. “Maya…” Kali ni lebih keras. Aku mendongak. “Ye, saya. Ada apa, Aerill?” Aku sekadar berformal. Cuba mengawal gelodak jiwa.
“Hari Ahad depan awak free tak?” Aku terdiam. “Kenapa dengan Ahad depan? Birthday awak ke?” Aku sekadar menduga cuba bergurau namun melihatkan reaksi Aerill yang tersenyum lebar semacam membuatkan aku terdiam. “Awak tahu birthday saya?” Aerill dah duduk menghadapku tanpa di ajak. Karin sekadar membiarkan saja kami.
“Saya terdengar masa awak berbual dengan kawan- kawan awak tadi.” Aku mengalihkan pandangan. “Saya nak ajak awak keluar hari tu. Boleh? Ada sesuatu yang saya nak beritahu.” Aku terdiam. Buku dan kertas yang berselerak kukemas. Masa untuk beransur. Aku bangun. Tindakanku menarik perhatian Aerill. “Maya…” Aku membiarkan saja. Karin yang ada bersama mengikut. “Tak apa ke?” Aku sekadar membiarkan soalan Karin berlalu tanpa sebarang jawapan. “Saya tunggu awak dekat tempat kita jumpa first time hari tu!”
Lebewohl~ (Farewell~)”

Hari Ahad. Karin berjalan di sekitar stesen tempat yang dikatakan Maya. Asyraf yang berada di sebelah sekadar mengikut. Langsung tak mengeluarkan suara.
            Tiang besar berhadapan peta dan mesin tiket. Karin memandang jam tangannya. Lagi 5 minit. Asyraf dahpun hilang pergi membeli air.
            “Mana kawan you ni?” Karin mula merungut. Tak boleh ke dia datang awal? Asyraf sekadar menjungkitkan bahu. Bukan dia rapat sangat dengan Aerill. Bungkusan di tangan Karin dipandang. Dia sendiri tertanya- tanya isi kandungan bungkusan itu. Karin langsung tak berkongsi apa- apa kali ni. Jadi dia sekadar berdiam diri dan mengikut ke mana kekasihnya melangkah.
            “Ah, sorry Ma… Karin? Asyraf? Buat apa kat sini?” Aerill yang baru tiba terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Peluh yang merenek dibiarkan. Mindanya blank.
“Maya takkan datang hari ni dan kau takkan jumpa dia lagi.” Aerill tersentak. Tak faham apa yang cuba disampaikan Karin. Wajah Asyraf dipandang meminta penjelasan daripada lelaki itu namun jawapannya hanyalah gelengan. “A… Apa maksud kau? Maya takkan datang? Aku takkan jumpa dia lagi?” Suaranya dah mula bergetar dan meninggi. Worst day. “Er, apa kata kalau kita bawa berbincang kat tempat lain?”
            Suasana sepi antara mereka. Asyraf yang sekadar pemerhati dah tak senang duduk. Matanya asyik memandang Karin dan Aerill bersilih ganti. “Karin, cuba you terangkan betul- betul. You tak nampak ke Aerill tu blur?”
            Karin mengeluh berat. Sebenarnya dia pun malas nak cari gaduh dengan orang. Air mocha panas yang terhidang dihirup perlahan- lahan. “Okay, senang cakap, Maya dah fly ke Jerman semalam. Dia stay kat sana dengan papa dia.” Aerill terkaku. Jerman? “Berapa lama? Kenapa dia tak beritahu?”
            Bungkusan di tangan dihulurkan. “Maybe forever… Anyway, ni hadiah daripada Maya. Dia minta aku beri pada kau hari ni. Happy birthday!” Aerill menyambut perlahan bungkusan berwarna biru itu. Warna kegemaran Maya seingatnya. Tangannya membuka bungkusan dengan berhati- hati.
            Mereka terdiam. Buku usang itu dipandang. Rapunzel. “Ini buku favorite Maya!” Buku dongeng itu dibelek sebelum dibuka satu per satu.
Karin dan Asyraf memandang sayu Aerill yang sedang asyik membaca buku. Perhatiannya terhenti pada muka surat terakhir buku sebelum air matanya menitis. Karin dan Asyraf tergamam. Terkejut pun ada.
“Kenapa ni?” Asyraf menyoal prihatin. Jari telunjuknya yang menggeletar menunjuk ke satu arah.
“Es tut mir leid… aber ich liebe dich, Aerill”
“I’m sorry… but I love you, Aerill…”

Buku Rapunzel dipeluk. “Maya…”