++Nakama++

Tuesday, May 28, 2013

CINTA DALAM HUJAN pt 1



Bunyi papan keyboard yang ditekan tanpa henti menganggu ketenteraman malam. Sesekali dia memandang luar. Dari jendela, matanya tertumpu pada satu tempat sahaja. Satu senyuman dilirik sembil tangannya terus bergerak ligat.

TING!
Tangannya terhenti. Jam dinding besar yang berdiri tegak di dalam bilik itu berbunyi sekali menunjukkan telah masuk jam 1 pagi. Akhirnya dia menggeliat malas button shut down ditekan. Laptop diletakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katil. Lampu meja ditutup.
Suasana kembali sepi...

***
"Hana, kau minat baca blog kan?" Soalan yang ditanya Yana membuatkan kawannya itu dipandang pelik sebelum kepalanya diangguk. "Kenapa tiba- tiba kau tanya? Setahu aku, kau tak minat benda macam tu." Yana sekadar tersengih memanjang. Tempat duduk di sebelah Hana di ambil. "Kau pernah dengar blogger nama Ryou?"
Hana terdiam. Mindanya cuba mengimbas senarai nama blogger yang diikutnya. Ryou... Ryou... "Aku rasa tak." Yana yang tadi berseri, mengeluh panjang. "Kau ni, blogger femes macam tu pun tak kenal. Harap je membaca tegar blog." Hana makin pelik dengan komen yang diberikan Yana. "Well, mungkin sebab blog dia tak ada yang menarik minat aku. Anyway, apa yang best sangat fasal dia?"
"Yana kembali berseri. Hana dah tak sedap hati. "Ni website dia. Kau try lah check. Aku tak tahulah samada kena atau tak dengan minat kau tapi yang aku tau blog dia berkisar tentang contengan harian dia. Kalau kau follow betul- betul, mesti kau rasa dia tu macam Rapunzel dalam fairy tale. Tapi versi lelakilah. Aku agak, dia mesti hensem dan tua dalam 5 tahun atau lebih dari kita. Ah, tak ada siapa pun kenal dia. Semua komen ada langsung tak berbalas. Aku rasa dia tak baca kot. Dia cuma tulis je. Mungkin dia tak sedar ramai yang follow. Mostly girls yang up to date blog dia. Semua nak korek tentang dia. Yelah, mana tahu, mungkin dia stay area sini. Macam rumah agam sebelah rumah kau."
Hana terdiam. Alamat blog yang ditulis Yana ditenung lama. Kata- kata terakhir Yana bermain di ingatannya. Rumah agam yang tersergah indah di sebelah rumah... Hurm, mungkinkah? Isy, takkanlah... Perbualan mereka terhenti apabila prof. Nahar masuk.

***
UHUK! UHUK!
Dia mengeluh panjang. Matanya memandang luar. Jendela yang dibiarkan terbuka menjadi tempat eksklusifnya semenjak sebulan yang lalu. Matanya memandang kalendar yang terletak di sebelah katil. Tak sangka dah lama dia terperap di situ.
Arsy memandang siling Mindanya berada di awangan. Kemalangan yang menimpa dirinya. Betapa kejamnya manusia kerana harta. Hilang sudah ikatan kekeluargaan semata- mata demi harta. Tergamak bapa saudaranya sendiri mengupah seseorang untuk memotong tali brek keretanya gara- gara dia mewarisi harta dan syarikat datuknya. Nasibnya baik kerana nyawanya tak melayang tapi tubuhnya tak boleh bergerak buat seketika dalam masa 3 bulan paling cepat. Di tambah lagi dengan kecederaan yang menimpanya.
Bilik besar itu dipandang kosong. Kini dia kembali ke alam realiti. Dia bagaikan banduan di rumahnya sendiri. Mak Limah yang bekerja sebagai pembantu rumah menjaganya dengan rapi. Kerja di syarikat pun diuruskan oleh rakannya, Lutfi buat sementara waktu memandangkan rakannya itu bekerja sebagai setiausahanya. Dan rakannya itu selalu datang melawat bersama timbunan dokumen yang perlu ditandatangan. Dia tersenyum. Kadang kala dia terfikir samada baik rakannya mahupun mak Limah benar- benar ikhlas menjaganya ataupun semata- mata kerana kerja. 

Kertas kerja yang ditinggalkan Lutfi tempoh hari di ambil lalu disemak sekali lagi. Tangannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Kedudukannya diperbetul. Wajah Lutfi yang muncul on time dengan senyuman lebar membuatkan dia mengeluh panjang. Tambahan lagi dengan kehadiran timbunan dokumen di tangan rakannya itu. "Yo, prince! Sihat?" Arsy tergelak kecil dengan gurauan Lutfi yang suka menggelarnya prince.
"Kau rasa?" Lutfi terhenti sebentar. Dokumen di tangan diletakkan di atas meja sebelum tubuh Arsy dibelek dari atas hingga bawah. Kalau dulu, hampir seluruh tubuh rakannya itu berbalut kini hanya tinggal bahagian- bahagian tertentu sahaja. Dan kalau dulu, rakannya itu langsung tak boleh bergerak kini tak lagi walaupun hanya bahagian atasnya sahaja yang dah boleh bergerak. "Hurm, aku rasa kau dah okay." Arsy tergelak kecil. Tak sangka rakannya itu betul- betul menjawab soalannya.

"Sini aku tolong kau sediakan ubat dan tukar balutan. Anyway, apa je yang kau buat selain sain dokumen yang aku bawa tu?" Ruang di katil di ambil. Semua jenis ubat yang diperlukan di bawa keluar dari dalam laci meja dan di asingkan. Pembalut turut di bawa keluar.
Lutfi menghulurkan ubat yang disediakan bersama segelas air kosong kepada Arsy. Tubuh Arsy disentuh rapi sambil tangannya menukar balutan.
"Hurm, nothing. Selain daripada update blog yang kau buat untuk aku tu lah. Ouch!" Arsy terjerit kecil apabila Lutfi membalut tubuhnya terlebih ketat. "Agak- agaklah." Kepala Lutfi disekeh kuat. Lutfi buat muka innocent. Ralit sangat. Maklumlah bukan badan sendiri.
"Oh ya, sebelum aku terlupa. Dr Amir kata start minggu depan dia akan datang sini dan buat rehab untuk kaki kau.  I'm glad for you. I miss you, dude. By the way, apa kau nak buat dengan uncle kau? Repot polis?" Arsy menggeleng pantas. Malas dia nak simpan dendam. Lagipun bukan ada nyawa yang melayang pun. "Just let by gone be by gone, 'kay." Lutfi tak menjawab. Dia tahu tak ada apa yang boleh mengubah pendirian  dan keputusan Arsy.

"I don't know whether to call you idiot or what, man. Just let me know if you need anything. " Arsy terdiam. Senyumannya mati sambil matanya dilirik ke arah jendela. "It's sunny today. Just like you, Lutfi."

***
Hana menaip alamat blog Ryou. Dah hampir seminggu kertas itu diberi Yana. Telinganya dahpun mendidih mendengar bebelan Yana hari- hari. "Kau better buka weekend ni!"
Jarinya lincah bermain dengan keyboard sambil matanya memandang tepat ke arah skrin. Mindanya asyik berfikir, 'Bagus sangat ke blog mamat tu?' "Ah, dah buka! Let see..."

"There's a word that say; money can buy anything, or with money you can rule the world...
Is there someone that say money can make ones blind?
or, money can ruin our lives?"
Kemalangan yang menimpa diriku membuatkan aku tersedar dari mimpi yang selama ini kurasa realiti. Hanya demi harta yang baru saja kumiliki, hilang erti persaudaraan. Kasih sayang yang kubangga kini kurasa palsu. Sedih, namun aku sekadar berserah. Mungkin ada kisah yang lebih indah buatku.

Hujan... Aku tak tahu samada aku patut meraung atau tak. Bukan aku benci hujan. Bukan pula aku suka hujan. Lagipun, aku bukan mampu ke mana- mana pun. Jadi hujan yang turun langsung tak memberi kesan buat aku. Oh, mungkin sedikit rasa sunyi. Jendela. Ya, aku bersyukur dengan adanya dia di sisi. Kini aku dan dia menjadi teman akrab. Aku mampu melihat dunia luar tanpa mampu menikmatinya.
"Rain, I don't know you're my ally or my enemy. I either love you or hate you. Just having you pouring in this world sometimes make me happy and sad...Just like you wash this world. It may bring fortune but it may also bring disaster..."

Tiga hari, haih... Aku tak tahu samada sekarang musim hujan ataupun apa dan aku hanya mampu melihat titisan air yang jatuh menimpa bumi. Dalam kesejukan, aku masih lagi menjadi teman setia buat si jendela. Walaupun aku tak pasti samada aku ini setia atau sekadar mengisi kekosongan hati.
"Loneliness make one desperately searches for companions..."

Dia, si gadis comel menarik perhatianku. Entah bila mataku asyik mengekori jejaknya tanpa sedar. Ku anggar mungkin dia 5 atau 4 tahun lebih muda dariku memandangkan dia masih lagi belajar. Hatiku mula belajar erti cinta. Bolehkah terbit cinta dari dalam jendela sahaja? Ah, hatiku meronta- ronta ingin tahu siapakah dia. Si comel yang kurasa amat sukakan hujan. Aku gemar melihat dia bermain lopak air dengan rain coat ungu muda yang membaluti tubuhnya bersama payung putih jernih di tangan. Entah mengapa, aku mula berubah. Dari mayat hidup kepada seorang stalker. Hari esok yang tak pernah kupeduli kini kunantikan tanpa jemu. Hurm, kalaulah ini kisah dongeng, mungkin aku memegang watak Rapunzel. Sepi tanpa cinta dari dunia luar. Tanpa sesiapa.
"Rainbow... It is created after the rain. It has 7 colours. The sunny is the source of it. When we concluded, sunny is what we called love... Rain is what to be said as hardship... And rainbow is what to be defined as relationship..."

Hari ini juga dia kelihatan comel dengan rain coat pink. Kuanggar dia baru sahaja pulang dari kelas. Beg yang dikepit kelihatan sedikit basah. Ah, kasihannya. Basahkah nota di dalamnya? Kuharap tidak.
Hari ini, temanku datang. Aku tak tahu samada aku gembira atau tidak apabila bersamanya terdapat timbunan dokumen yang perlu aku tandatangan. Wajahnya yang sentiasa tersenyum saat melawatku membuatkan hatiku hangat. Walaupun aku terfikir ikhlas atau tidak dirinya. Aku tak berani berharap lebih dari apa yang diberikan sekarang. Cukuplah sekali aku tersedar dari mimpi.
"Pain makes one afraid to move forward but doesn't means one will always be the same. Smile can make the sick heart to be warm and heals slowly..."

Aku memandang luar jendela. Cuaca cerah membuatkan cahaya masuk ke dalam. Bilik ku terang dan hangat buat sekian lama. Mataku tertarik padanya. Hari ni dia tetap comel walaupun tanpa rain coat. Mataku terhenti apabila melihat dia masuk ke dalam perut Myvi kuning. Siapakah di dalam? Kawankah? Lelaki atau perempuan? Hatiku mula tak tenang.
"Jelousy really can make ones feel worries...Heart feels ache and mind will start imagine unrealistic things... Being in love really scary..."

Sebulan lebih akhirnya berlalu. Rakanku datang lagi seperti biasa bersama timbunan dokumen. Kerajinannya membuatkan aku lemah dan lemas. Pengalaman pahit membuatkan aku sukar menerima niat baik seseorang. Aku resah. Kerelaannya menjagaku dan membantuku membuatkan hatiku yang selama ini tertutup mula terbuka untuk menerimanya.
Kata- kata rakanku hanya mampu membuatkanku tersenyum pahit. "I don't know whether to call you idiot or what, man. Just let me know if you need anything."
Ah, my friend, I know I'm an idiot. But thanks for your offer.
Mengikut doktor, aku akan pulih sepenuhnya dalam jangka masa sebulan lagi. Dan bermula esok, aku akan mula sesi rehab aku. Bermakna, aku tak akan lagi terperap di dalam bilik ini. Buat teman setiaku, sang jendela, terima kasih kerana sudi menemaniku.

Hari ni ku hanya bersama jendelaku buat sementara waktu. Sempat ku memandang luar. Gadis comel kulihat baru sahaja keluar dari rumah. Mungkin baru untuk ke kelas. Mata kami bertentangan saat dia menutup pintu pagar rumahnya. Aku tak tahu samada ini satu kebetulan ataupun dia memang sedar aku sering kali memandangnya. Hari ini bermula rehabku. Mungkin selepas aku sembuh, aku akan berhenti bercerita kisah bosan ini dan meneruskan kehidupan sebenarku. Jadi kuharap, kau takkan sedar kehadiranku. Izinkanku sedikit masa lagi untuk menikmati mimpi indah ini.
"Hope can be a miracle sometimes. One holds solemnly with it will always believe 'till the end. Dream and hope, it may seems contrast to each others but sometimes they're fit each others..."

Aku meneruskan rehabku tanpa erti jemu. Kakiku akhirnya mula bergerak walaupun buat seketika. Doktor yang menjagaku berpesan agar aku menggunakan kerusi roda dalam masa seminggu sebelum beralih pada tongkat. Dia juga menggalakkan aku supaya terus bergerak dan tidak selalu terperap di dalam bilik. Kulihat wajah mak Limah dan rakanku menitiskan air mata kesyukuran. Entah kenapa hatiku sebak. Tak sangka masih ada lagi yang mengambil berat tentang diriku. Aku tersenyum kelat, menutup rasa malu yang menyelubungi diriku.
"Miracles do happen... One must always keep hard without fail and never stop believe..."

Hari ini juga aku tidak berada di kamar tidurku. Maaf jendela kerana tak dapat menemanimu. Aku menghabiskan masaku di tingkat bawah rumahku. Mataku tertarik pada taman ros yang ada dihalaman rumahku. Bunganya mula berkembang mekar. Ada tiga semuanya. Putih, merah dan kuning. Mak Limah rajin menjaganya penuh rapi. Aku memandang tanpa jemu. Dokumen yang dihantar rakanku tempoh hari kusemak dan siapkan.
"Roses, they're beautiful but dangerous... One wrong step may turn oneself to hurt... Heart is like rose... Pure heart is beautiful... One step can change everything... To be white or black..."

Kini dah genap seminggu aku menjalani rehab. Aku dah dibenarkan menggunakan tongkat sebagai sokongan. Kini kamar tidurku sentiasa kosong di siang hari. Aku dinasihatkan  untuk terus bergerak supaya cepat sembuh. Mak Limah juga menghabiskan banyak masanya di rumah agamku. Apa yang ku tak faham ialah kehadiran rakanku yang kerap tanpa sebab. Ingin saja aku bertanya tetapi takut sekiranya membawa maksud yang lain. Aku memulakan hobiku yang telah lama aku tinggalkan. Painting. Rakanku membantu menyiapkan bahan- bahan yang perlu. Aku tak membantah. Sekadar menurut. Ahh, dah berapa lama aku tak melihat si gadis comel. Hatiku meronta- ronta. Mindaku hadir 1001 soalan. Sihatkah dia? Kuharap ya.
"Miss... One day not being able to see make one heart to be frustrated... Mind to be restless by thinking of you every countless of times... Love, it's very tiring... 

Hari ini ku dilawati si gadis kecil. Comel. Ku anggar dalam 5 tahun. Dia diperkenal sebagai anak bongsu mak Limah. Nini ku pelawa masuk. Aku tersenyum melihat dia bersorak tatkala aku membawanya ke taman rosku. Beberapa kuntum kuhadiahkan padanya. Sebagai kenangan. Kerana mungkin selepas ini rumah ini takkan lagi menerima sebarang tetamu. Dan rumah ini akan menjadi sepi di kala siang mahupun malam menjelma.
"Happiness... To be able to share is a great sensation..."

Lakaran yang ku lukis ku pandang lama. Lukisan mak Limah di taman ros bersama Nini kuberikan padanya sebagai hadiah. Air matanya mengalir. Terharu. Aku sekadar tersengih. Lukisan rakanku yang sedang duduk di ruang tamu bersama timbunan dokumen kuhadiahkan padanya. Dia tak terkata.Oh, baru kuteringat. Aku belum pernah menghadiahkannya apa- apa. Beberapa lukisan lain kusimpan di dalam bilik yang kujadikan bilik simpanan hobiku. Lukisan yang telah siap kugantungkan di dinding dengan bantuan rakanku. "You should open a gallery, man." Aku tersenyum mendengar pujiannya. Terima kasih rakan. For your compliment. Matanya tertarik pada satu lukisan. Seorang gadis bermain hujan. Aku sekadar tersenyum tanpa jawapan. Aku tahu dia faham apa yang aku alami.
"Love can be convey in many ways. Through words if you know each others... Or, maybe through message... Or, song... For me, the most beautiful ways is through paintings... One can sense how deep the love is in it..."

Aku sudah pulih sepenuhnya. Syukurku panjatkan. Mak Limah dan rakanku mempamerkan senyuman lebar dan turut gembira buatku. Kurasa ini contengan terakhir dariku. Selepas ini aku akan kembali menguruskan syarikatku yang telah lama aku tinggalkan. Aku akan kembali semula ke alam realitiku. Ah, terima kasih jendela ku ucapkan. Keranamu, ada kisah buatku walaupun dari dalam sahaja. Jendela, terima kasih juga kerana sudi menjadi temanku dan mengajarku erti cinta.
Buat mak Limah, terima kasih kerana menjagaku tanpa kenal erti penat dan lelah. Buat Nini, terima kasih kerana sudi melawat dan keriangan yang ditunjukkan Nini di taman ros tempoh hari benar- benar membuatkan hati ini gembira... Buat rakanku, segala pengorbanan dan bantuan yang diberikan amatku hargai. Terima kasih juga kerana membuat blog ini untuk aku mengisi masa lapang sepanjang diriku di dalam rumah agam ini. Friends are a alot but a true friend is like a diamond, so rare and hard to get. Man, you're really like a sunny... Always make me cheer and heal my wounds... You never complaint and always stay by my side all the time... For me you're the one I'm looking for... My one and true friend...
Akir sekali, buat si gadis comel, terima kasih kerana menyedarkanku tentang cinta... Ku tak tahu namamu tapi dalam ingatanku kau akan selalu ku ingat sebagai 'Gadis dalam Hujan'.
Selamat tinggal dan AI SHITERU...
 "Love...It takes a second to know someone, it takes a minute to fall for someone, it takes an hour to feel the love, and it takes days to learn and enjoy it... but it takes a life time to forget it...
Love not just for one... Its for all... Lose one lose means you gain another one... Love and life... Hate and death... They seem different but actually they're all contains the same meaning..."

***
Hana mengscroll ke bawah berulang kali. Hanya timbunan komen sahaja yang ada. Kisah hidup blogger yang bergelar Ryou tamat di situ. Dan tarikhnya adalah pada minggu lepas. Hana mencebik kecewa. Tak berpuas hati dengan penamatnya. Button follow ditekan memandangkan blog itu masih lagi belum ditutup. Akhirnya dia menutup laptopnya. Matanya memandang rumah agam yang gelap gelita sejak minggu lepas. Mungkinkah?